Selain kasut, selipar atau sandal juga adalah sangat penting dalam kehidupan seharian. Lagi-lagi selepas pulang dari kerja, kaki kita memerlukan alas kaki yang selesa untuk dipakai untuk urusan seharian yang lain.

Tun Mahathir juga begitu. Beliau turut menyarung sandal jika perlu dan viral ketika ini tentang sandal yang dipakainya. Bukan sandal Gucci, Prada atau adidas yang menjadi pilihan Tun M, tetapi sandal daripada jenama Bata. Ianya dikongsi oleh seorang pengguna Instagram azranshah.

mahathir

Bata Sandal

Pihak Bata Malaysia juga telah mengesahkan tentang model ini dan ianya dijual di semua butik bata pada harga RM11.99 sahaja. Anda boleh juga membeli sandal ini di sini secara atas talian. Kita tunggu Bata hadiahkan Tun M kasut Bata Hotshot pula nanti.