Mengetahui memori kad MicroSD ditawarkan dengan saiz yang lebih besar dari semasa ke semasa mungkin tidak mengejutkan selepas sebelum ini SanDisk telah mengumumkan saiz storan 256 GB. Dalam pada itu, mengeluarkan model bersaiz 400 GB mungkin agak luar biasa dari norma saiz kapasiti kebiasaan.

Langkah SanDisk untuk mengeluarkan model dengan saiz terbesar ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila lebih ramai pengguna yang selesa merakam video dengna definisi 4K begitu juga dengan mengambil foto dengan kualiti yang tinggi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
SanDisk-Feature-640×353
sandisk 400 gb

Memandangkan model ini merupakan model pertama yang menyertakan saiz kapasiti terbesar setakat ini, harga yang tinggi antara yang boleh jangkakan. SanDisk 400gb ini bakal mula dijual dengan harga $249.99 (~RM1067.58).

Penyertaan A1 app performance, dan UHS Speed Class 1 antara yang membolehkan memori kad memindah data lebih pantas berbanding sebelum ini sekaligus antara punca memori kad ini hadir dengan tanda yang agak mahal.