Pada Sabtu lalu, rakyat Malaysia telah menjalankan tanggungjawab untuk mengundi bagi memilih pemimpin menerajui negara. Akan tetapi, sehingga sekarang masih belum ada keputusan siapa yang akan mentakbir negara dan difahamkan hari ini keputusan akan diketahui.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @zahirahanafi telah berkongsi sedutan video dalam drama Korea yang baru ditayangkan iaitu Reborn Rich. Dialog dalam drama tersebut dikatakan seperti situasi yang berlaku kepada negara kita sekarang selepas pilihanraya.

Baca Juga:

@zahirahanafi

So relatable #ge15 #ph #anwaribrahim #pm10 #rebornrich #songjoongki #theyoungestsonofaconglomerate

♬ She Knows – J. Cole

Mana tidaknya, kesemua blok parti masing-masing tidak mempunyai jumlah kerusi mencukupi dan perlu bergabung dengan parti lain untuk mendapatkan jumlah kerusi yang mencukupi, lalu membentuk kerajaan.

Tidak hanya itu, dialog dalam drama tersebut juga menunjukkan bagaimana tiga calon besar bertanding tetapi dua calon lebih berusaha untuk menjatuhkan antara satu sama lain tetapi akhirnya calon terakhir yang mendapat manfaat daripada pergaduhan tersebut.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian netizen dan rata-rata netizen bersetuju dengan pengguna TikTok tersebut bahawa dialog itu seperti situasi semasa politik Malaysia ketika ini.

Malah, rata-rata netizen juga berasa teruja mahu menonton drama terbabit dan mengatakan ‘timing’ drama itu ditayangkan sangat tepat dengan situasi saat ini. Bagi anda yang mahu menonton drama Reborn Rich ini, bolehlah tonton di aplikasi Viu dan drama ini tayangkan 3 episod setiap minggu.