Di musim pandemik ini dapat dilihat pelbagai cara yang digunakan orang ramai dalam mencari rezeki. Salah satunya adalah dengan menjadi rider penghantar makanan, barangan dan sebagainya. Tugas mereka yang penuh dengan cabaran terkadang terpaksa membuatkan mereka terpaksa bekerja keras dalam memenuhi permintaan pelanggan.

Dalam pada itu, masih terdapat lagi individu yang sanggup mengambil kesempatan dengan menganiaya pelanggan dengan cara menempah di lokasi berlainan dan tidak berada di lokasi berkenaan selepas rider Foodpanda tiba.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
204898714_2974297419507669_2386171143692089525_n
Rider OKU berkenaan turut dibantu oleh seorang lagi rider yang berada di lokasi shell Jalan Sulaiman

Situasi ini telah berlaku di sebuah stesen minyak Shell di Jalan Sulaman, Kota Kinabalu melalui perkongsian Facebook Stesen Minyak Shell Jalan Sulaiman di mana rider yang hanya berbasikal terpaksa mengayuh hampir tiga kilometer semata-mata untuk menghantar makanan bernilai RM80 yang dipesan pelanggan berkenaan.

Walau bagaimanapun, segalanya usaha menjadi duka apabila pelanggan bernama Mira yang dicari tidak berada di lokasi kawasan. Beliau pada awalnya, turut dibantu oleh pekerja Shell berkenaan dalam bertanyakan maklumat mengenai pelanggan berkenaan namun gagal dicari. Lebih menyedihkan, rider berkenaan merupakan individu berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU).

Pelanggan yang membuat pesanan tidak mengaku

197195877_2974322796171798_4828219418930676831_n
Facebook: Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman

Lebih mendukacitakan, pelanggan yang didakwa membuat pesanan ini bertindak untuk tidak mahu bertanggungjawab serta membalas mesej yang diterima dengan ayat yang kasar. Difahamkan mesej ini dihantar oleh rakan rider lain dalam membantu rider OKU berkenaan menerusi nombor telefon yang tertera pada pesanan yang dibuat.

Sehubungan dengan itu, para netizen tampil meluahkan rasa simpati terhadap rider berkenaan serta berharap pemesan makanan berkenaan dikenakan hukuman yang setimpal selepas melakukan aniaya terhadap mereka yang berusaha keras mencari rezeki.

Screen Shot 2021-06-25 at 12.17.38 PM
Facebook: Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman
Screen Shot 2021-06-25 at 12.18.16 PM
Facebook: Stesen Minyak Shell Jalan Sulaman

Berikutan makanan bernilai RM80 yang ditempah tidak bertuan selepas rider berkenaan mendahulukan wang beliau, para rider Foodpanda yang lain tampil menghulurkan bantuan dengan membeli makanan berkenaan dalam usaha untuk meringankan beban rider OKU tersebut.

205151241_2974297436174334_6335775778458821923_n
Sumber: facebook stesen minyak shell jalan sulaiman

Diharap situasi ini tidak lagi berulang kerana mampu menggangu perbelanjaan, wang serta kudrat rider berkenaan dalam berjuang mencari rezeki dengan cara yang sah.

Kami kongsikan juga kisah tular mengenai Foodpanda pada bulan ini di mana seorang rider muncul hero selepas membantu pihak polis menangkap perompak.

‘Rider’ foodpanda Sekali Lagi Muncul Hero, Kali Ini Bantu Polis Tangkap Perompak

Angkara Curi-Curi Makan Dalam Kedai, Rider foodpanda Ini Dimaki Dan Dihalau Pemilik Premis