Netizen baru-baru ini terkejut apabila mengetahui keberadaan influencer terkemuka dunia, Nas Daily di Malaysia. Pemuda berbangsa Arab–Israel itu dikatakan ‘bercuti’ di Malaysia selama 12 jam sebelum terbang ke lokasi seterusnya iaitu Dubai.

Teka-teki bagaimana beliau berjaya masuk ke Malaysia telah diceritakan dalam video terkini beliau yang telah dikongsikan pada malam semalam. Menrut Nas, sejak syarikatnya beroperasi di Singapura 4 tahun lalu, beliau sangat ‘teringin’ untuk ke Malaysia yang cuma dipisahkan oleh selat Tebrau.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ia sesuatu yang ‘mustahil’ untuk dirinya sebagai seorang pemegang pasport Israel untuk melawat Malaysia. jadi, keinginan yang membuak-buak untuk melihat sendiri Malaysia dengan mata sendiri jadi kenyataan apabila beliau berjaya untuk menyeberangi sempadan Malaysia menggunakan pasport Caribbean yang ‘dibelinya’.

Dalam video berkenaan, beliau mendakwa sanggup berhabis $150,000 (~RM710,700) untuk memiliki pasport Caribbean (St. Kitts & Nevis). Terpancar keresahan di wajah Nas ketika beliau di pemeriksaan sempadan Malaysia sebelum lega apabila akhirnya dibenarkan masuk.

Puji keindahan budaya dan alam di Malaysia

@

♬ –

Adakah Nas Daily bercakap buruk tentang Malaysia? Ternyata tidak malahan beliau turut memuji Malaysia dan membuat perbandingan antara Malaysia dan Singapura. Perkara pertama yang disentuhnya ialah betapa hijaunya bumi Malaysia.

Kedua pastinya tentang harga barangan di Malaysia yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Ketiga, makananan yang sedap belaka dan terakhir beliau sangat kagum dengan kepelbagaian budaya dan kaum yang ada di Malaysia.

Nas Daily cuma sempat melawat Jonker Street untuk kunjungan pertamanya di Malaysia dan berkata akan kembali untuk meneroka bandar lain di Malaysia antaranya Kuala Lumpur. Beliau juga dilihat gembira dengan layanan mesra yang diberi terhadapnya sepanjang berada di Melaka.

Mengakhiri videonya, walaupun dihalang untuk masuk ke Malaysia (kerana sekatan yang dibuat terhadap negara Israel), beliau berkata kerajaan sesebuah negara adalah berbeza dengan masyarakat. “Jauh di lubuk hati, orang ramai hanya mahu berhubung,” katanya.