Keluarga adalah insan yang dekat dengan kita dan pastinya kita akan sentiasa berusaha untuk membahagiakan keluarga tercinta.

Terbaharu, Elfira Loy dalam satu perkongsian di Instagram berkata sanggup menghabiskan wangnya jika ada ahli keluarga ditimpa kesusahan. Menurutnya, kebahagiaan keluarga adalah keutamaannya dan beliau turut percaya bahawa rezeki yang dimilikinya hari ini bukan miliknya sahaja tetapi untuk dikongsi bersama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkongsian tersebut mendapat perhatian dan rata-rata netizen memuji sikap Elfira yang sentiasa mengutamakan keluarga dalam kehidupannya. Malah, ramai juga yang bersetuju apabila kita berkongsi rezeki bersama keluarga pasti rezeki kita akan bertambah.

el1

el2

el3

Bukan itu sahaja, para netizen turut mendoakan rezeki Elfira sekeluarga dimurahkan. Apakah anda juga bersetuju berkongsi rezeki bersama keluarga akan murahkan lagi rezeki anda?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Gadis Bertudung Pergi Kelab Malam Demi Minum Milkshake Undang Kecaman Netizen

Dipaksa Lengkapkan Tuntutan Kerja Ketika Kecemasan, Netizen Bengang Dengan ‘Keprihatinan’ Majikan Ini