Marcapada ini, kos untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan memerlukan bajet yang besar walaupun majlis kecil. Pastinya bukan mudah untuk mengumpul duit demi sebuah perkahwinan.
Berikutan itu, kami cukup tertarik dengan perkongsian seorang pengguna Twitter @LutfilLeHadi yang berkongsi pengalaman beliau mengumpulkan duit ketika ingin mendirikan rumah tangga bersama pasangannya pada September tahun lalu.
Masa beberapa bulan nak kahwin, memang aku ikat perut. Keluar lunch sebulan dua kali. Bila member makan, aku tidur dekat break room. Kalau tak tidur aku siapkan kerja. Member office pun tau aku saving so bila Shopee ada buat makan free, laju je diorang kasitau aku.
— hadi. (@LutfilLeHadi) February 25, 2020
Menerusi perkongsian tersebut, beliau telah ‘mengikat perut’ untuk mengumpulkan duit kahwin dimana hanya membelanjakan RM6 sehari untuk makanan.
Pastinya itu sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Malah, beliau bersarapan dan minum petang di pejabat kerana terdapat snek bijiran ‘honey star’ dan dimakan bersama susu.
Nasib baik open pantry so tiap hari pukul 11 pagi aku makan honey star dengan susu. Pastu pukul 4 petang aku makan lagi honey star dengan susu. Balik rumah for dinner baru aku beli nasi bungkus. Tapi tengok juga. If aku dah lunch nasi, dinner aku roti.
— hadi. (@LutfilLeHadi) February 25, 2020
Berat pun turun banyak. Sebab boring duduk rumah sewa sorang pastu Netflix semua cerita habis tengok, so aku joging la malam. Bila malam aku joging, aku boleh jimat dinner lagi sebab nak jog makan takleh berat sangat. Roti petronas tu pun dah okay.
— hadi. (@LutfilLeHadi) February 25, 2020
Selain itu, beliau turut menyewa bilik dengan harga yang murah dan pergi kerja menaiki motosikal untuk berjimat. Bagi beliau, segala yang dilakukan ini tidak dirasakan susah kerana memang fokusnya untuk cukupkan duit kahwin.
So bila sekarang aku nampak ada member aku yang aku tau nak kahwin ni duduk sorang2 kat office waktu lunch hour, tidur etc, yang tolak orang ajak keluar makan ni, aku faham. Korang berkorban sekarang. Nanti dah selesai majlis, mesti korang akan rasa lega dan berbaloi.
— hadi. (@LutfilLeHadi) February 25, 2020
Pastinya perkongsian ini membuatkan anda sedar akan kepayahan untuk mengumpulkan duit demi sebuah ikatan perkahwinan. Hargailah pasangan anda yang sanggup berkorban untuk anda.
Tidak lengkap majlis perkahwinan tanpa jurugambar untuk merakamkan saat-saat indah anda. Baca tip pilih jurugambar sesuai untuk majlis perkahwinan anda.
4 Tip Penting Sebelum Pilih Jurugambar Untuk Majlis Perkahwinan Anda
Lelaki Ini Kongsi 13 Tip Bagaimana Merancang Bajet Majlis Perkahwinan
5 Faktor Penting Pilih Lokasi ‘Outdoor Shoot’ Majlis Perkahwinan Anda
- SUMBER
- LutfilLeHadi