TikTok merupakan antara media sosial yang menjadi pilihan orang ramai ketika ini disebabkan oleh konten-konten menarik dan kreatif disajikan oleh para penggunanya.

Setiap kali ‘trend’ baru muncul, semestinya para pengguna aplikasi tersebut akan mengikutinya agar tidak terlepas ‘hype’. Terbaharu, seorang pengguna TikTok @azlienalegacy telah memuat naik sebuah video yang ikuti trend dalam sebuah kereta dimana akan bertukar memakai selendang.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@azliena.aziz/video/6949134337187106050?sender_device=pc&sender_web_id=6873301627076855298&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0

Video tersebut mendapat perhatian ramai kerana reaksi bingung anaknya melihat pasangan tersebut mengenakan selendang. Mana tidaknya, wajah kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut kelihatan sama membuatkan kanak-kanak itu berasa pelik.

Walaupun ramai yang memuji reaksi comel kanak-kanak tersebut, ada juga netizen yang menzahirkan rasa bimbang kerana kanak-kanak tersebut tidak diletakkan di dalam car seat bayi. Jika tiba-tiba berlaku perkara tidak diingini, kanak-kanak itu akan terima kecederaan dan seharusnya ibu bapa lebih peka dengan perkara ini.

carseat1

carseat2

Malah, para netizen juga berharap para ibu bapa tidak akan merbahayakan keselamatan anak mereka dan letakkan anak dalam car seat agar tidak akan menyesal jika berlaku apa-apa. Apakah pula pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan kisah puan Umaida yang bersyukur disebabkan meletakkan anaknya di car seat menyelamatkan nyawa anaknya. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Anak Kekal Selamat Walaupun Kereta Terbalik, Wanita Ini Kongsi Pentingnya ‘Car Seat’

Netizen Tekankan Pentingnya ‘Baby Car Seat’ Selepas Insiden Bayi Tercampak Dari Kereta

Boleh Dilakukan Walau Berbadan Kurus, Mekanik Ini Tunjuk Cara Tolak Kereta Seorang Diri