Pantai Teluk Kemang merupakan salah satu pusat percutian yang sentiasa dipenuhi para pengunjung untuk berkelah dan beriadah lebih-lebih lagi pada waktu hujung minggu serta musim cuti sekolah.

Baru-baru ini tular satu rakaman video sebuah ‘bot pelampung UFO’ bertembung dengan bot lain sehingga kesemua penumpang bot terpelanting masuk ke dalam laut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video berdurasi 25 saat yang sedang tular itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, ramai berasa berang apabila tekong bot yang menarik ‘bot pelampung UFO’ itu lebih risaukan keadaan bot pelampung mereka koyak berbanding keadaan penumpang-penumpang yang sudah terpelanting.

Tambah netizen lagi, sepatutnya kedua-duanya perlu bimbangkan keadaan penumpang terlebih dahulu yang tercampak gara-gara mereka membawa bot secara ‘berbahaya’ tanpa menghiraukan kehadiran bot dari arah bertentangan.

Sumber Gambar: Facebook We are Malaysians
Sumber Gambar: Facebook We are Malaysians
Sumber Gambar: Facebook We are Malaysians
Sumber Gambar: Facebook We are Malaysians

Dalam pada itu, netizen mahu tahu lebih lanjut mengenai keadaan terkini mangsa-mangsa yang terpelanting akibat perlanggaran itu dan mereka mahu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kerana ia melibatkan keselamatan dan nyawa pengunjung.

Klik pautan di bawah untuk baca kenyataan yang dikeluarkan oleh pusat beli belah selepas tular isu kereta Myvi kena clamp dalam premis mereka.

Pusat Beli-Belah Jawab Isu ‘Clamp’ Kereta Pengunjung Di Petak Parkir Kosong

‘Apa Salah Saya?’ – Lelaki Keliru Kereta Myvi Kena Clamp Walau Parkir Di Petak Kosong