Pelaburan tukaran mata wang asing atau forex disahkan haram kerana ia melibatkan harta ribawi iaitu mengandungi unsur-unsur riba. Malah, Wak Doyok dan Fizo Omar telah menjadi duta OctaFX sekaligus mempromosikan iklan forex.

Oleh itu, ada seorang pengguna Twitter yang menyuarakan hal ini dan mempersoalkan tindakan kedua selebriti itu kerana sanggup mengambil kerja mempromosikan forex trading.

Tambahnya, segala pendapatan ataupun komisen yang diterima oleh mereka dengan mengambil kerja dari situ adalah haram serta meminta supaya bertaqwa kepada Allah.

Perkongsian pengguna Twitter itu juga telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen juga meluahkan rasa kurang senang melihat iklan mereka yang sering muncul di saluran YouTube.

https://twitter.com/zainihussain454/status/1537007032561061888

Tidak hanya itu, para netizen juga bersetuju dengan pendapat pengguna tersebut dan ada juga yang berpendapat sebaliknya. Malah, segelintir netizen juga berharap orang ramai terutama sekali yang beragama Islam tidak terpengaruh untuk sertai forex trading.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

‘Murahnya, Sekilo RM5?’ – Pendedahan Upah Porter Di Gunung Kinabalu Ini Buat Netizen Terkejut

Hebat Dan Berani, Naib Canselor Sempoi Layan Graduan Bersilat Ketika Terima Skrol