Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Setiap individu pasti mahukan yang terbaik untuk anaknya lebih-lebih lagi anak yang masih bayi di mana penjagaan dengan penuh berhati-hati antara yang diutamakan.

Dalam pada itu, masih terdapat ibu bapa yang memilih untuk lari daripada kebiasaan dengan memberikan anak mereka yang masih bayi dengan bahan merbahaya semata-mata untuk menjadi ‘popular’ dengan cara yang salah.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

Terbaharu, tular seorang pengguna Instagram yang juga seorang ibu merakam anaknya yang masih bayi sambil menyuap rokok elektornik atau vape kepada bayi berkenaan.

Posted by Ryan NasT'Angler on Monday, May 3, 2021

Menerusi video dengan kapsyen ‘ada bapak jadi bodoh’ berdurasi 12 yang dikongsikan, dapat dilihat bayi berkenaan jelas tidak selesa dengan bahan yang disuap seolah perit seusai menghembus asap vape buat kali kedua.

Meskipun sedar dengan tindakan yang dilakukan, pemilik akaun Instagram berkenaan turut memaklumkan beliau bebas melalukan apa sahaja terhadap anaknya dan pengikut yang kurang senang dengan tindakan beliau boleh berhenti mengikutinya.

179075854_1388677598177232_848656112297511365_n

Sumber: facebook Ryan NasT’Angler

Pendiriannya yang keras terhadap cara penjagaan anaknya berubah sejurus video beliau tular di media sosial. Beliau mengakui berang dengan jumlah mesej yang diterima berikutan tindakan beliau yang telah menjadi viral.

Beliau yang pada mulanya sekadar suka-suka turut memaklumkan beliau sedar dengan tindakan yang dibuat dan tidak berniat untuk membunuh anaknya. Wanita ini telah memohon maaf serta turut memaklumkan sekiranya berlaku apa-apa terhadapnya, anaknya yang menjadi mangsa kerana masih menyusu badan.

4 (1)

Sumber: the reporter

Meskipun beliau sudah memohon maaf, tindakan yang dibuat masih lagi membuatkan para netizen kurang senang dan berang. Berikut antara komen netizen mengenai isu yang berlaku.

Screen Shot 2021-05-04 at 1.00.12 PM

Sumber: facebook Ryan NasT’Angler

Screen Shot 2021-05-04 at 1.00.37 PM

Sumber: facebook Ryan NasT’Angler

Screen Shot 2021-05-04 at 1.00.53 PM

Sumber: facebook Ryan NasT’Angler

Diharap isu seperti ini tidak lagi berlaku kerana mampu mengganggu kesihatan bayi. Tindakan meraih populariti dengan cara yang salah juga perlu dihentikan kerana secara tidak langsung mampu memberi contoh yang tidak baik kepada pengguna internet yang lain.

Tular pada hari ini apabila pelawak Lan Pet Pet sekali lagi terlibat dengan pergaduhan apabila merangkul leher dan memukul pekerja foodpanda.

Rangkul Leher Dan Pukul Pekerja foodpanda, Lan Pet Pet Sekali Lagi Terlibat Dengan Pergaduhan

Selamba Lompat Atas Kereta BMW, Kesabaran Dr Sheikh Muszaphar Mengasuh Anaknya Dipuji Netizen

Netizen Terkejut Toyota Alphard Jadi ‘Kereta Mayat’ Sahaja Di China

Anda Mungkin Suka