Semalam tular sebuah video di media sosial Facebook yang memaparkan sekumpulan pendatang asing tanpa bertempiaran lari apabila markas mereka diserbu oleh pihak berkuasa.

Difahamkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menyerbu premis yang disyaki menjadi markas kepada sindiket penipuan pelaburan penukaran mata wang asing atau forex atas talian. Serbuan yang dibuat telah berjaya menumpaskan sekitar 1,000 orang warga China bertempat di Cyberjaya, Selangor.

Belanjawan 2020
HYPE
5 Keistimewaan Belanjawan Selangor 2020 Yang Tidak Ada Di Negeri Lain
Baca lagi →

Jabatan Imigresen Malaysia menyerbu premis yang disyaki menjadi markas sindiket scam online yang didalangi warga china…

Posted by Malaysia Immigration News Update on Wednesday, 20 November 2019

Menerusi video yang dimuat naik oleh Cyberjaya Community di laman Facebook, dapat dilihat sekumpulan suspek berlari bertempiaran di kawasan berhampiran Wisma Mustapha Kamal, Cyberjaya dipercayai untuk melarikan diri daripada diberkas.

Bahkan, ada di antara mereka yang sanggup melompat dari banggunan tinggi supaya dapat meloloskan diri daripada ditahan pihak berkuasa.

Immigration raid video compilation from the community. They risked their lives just to escape the authorities 😔

Posted by Cyberjaya Community on Wednesday, 20 November 2019

Ekoran serbuan tersebut, satu sidang media khas akan diadakan pada hari ini berhubung operasi penguatkuasaan ini. Melalui satu perkongsian di Facebook Cyberjaya Community, dipercayai keadaan kecoh berlaku ketika serbuan dilakukan.

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut meminta pihak berkuasa untuk lebih kerap melakukan operasi sedemikian supaya isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin ini dapat dikurangkan.

Jangan jadi mangsa scammer. Berikut adalah cara untuk mengesan scam yang sedang berlaku dan cara untuk tanganinya. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Ketahui Jenis-jenis ‘Scam’ Yang Wujud Dan Rakyat Malaysia Percaya

Wanita Ini Dedah Taktik ‘Scammer’ Tipu Pembeli Menerusi Iklan Di Facebook

Lihat Cara ‘Cool’ Peguam Ini Tangani Scammer

Anda Mungkin Suka