Sebut sahaja melancong, pasti anda akan siapkan segala persiapan dari segi tiket penerbangan, penginapan, duit makan dan sebagainya. Bagaimana jika anda melancong tetapi tidak menginap dimana-mana tempat penginapan tetapi memilih hanya untuk tidur di tepi jalan?

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila seorang pengguna Facebook telah berkongsi percutian beliau bersama isteri dan anak kecilnya ke Eropah. Akan tetapi, perkongsian tersebut mendapat kecaman netizen kerana lelaki itu tidak menyediakan penginapan untuk dirinya dan keluarga serta hanya duduk di tepi jalan.

https://twitter.com/__loveshak/status/1174520408030072832

Lelaki tersebut yang bercuti bersama keluarganya di Eropah tidak duduk di hotel tetapi tidur di tepi jalan sahaja ketika percutian mereka. Mereka hanya duduk di hotel selama sehari dan selebihnya mereka hanya duduk dijalanan kerana ingin berjimat.

Berikutan itu, rata-rata netizen mengecam tindakan yang diambil beliau kerana tidak memikirkan keadaan anak kecil yang dibawa dan tidak memikirkan keselamatan keluarganya.

Walau bagaimanapun, perkongsian lelaki tersebut telah dipadam seketika tadi setelah mendapat pelbagai reaksi dan tohmahan daripada netizen. Jika anda ingin bercuti, anda haruslah menyiapkan segala persiapan dan jika ingin berjimat boleh sahaja mengambil hotel atau motel yang murah.

Apa pendapat anda mengenai isu ini? Jika tidak tahu cara ingin mendapatkan harga hotel dengan harga yang murah, boleh baca artikel di bawah ini.

Ini Tip & Trik Tempah Hotel Dengan Harga ‘Murah’ Anda Perlu Tahu

Disyaki ‘Scam’ Pengguna, Netizen Serang Laman Facebook Agoda

Lelaki Ini Kongsi Derita Polisi Insurans ‘Pay And Claim’ Yang Ramai Tidak Tahu

Sumber