Mengejutkan dan mengecewakan, mungkin itulah yang boleh diucapkan selepas menonton perkongsian video pendek dari netizen yang menunjukkan pertengkaran antara dua penunggang motosikal yang tular sejak pagi tadi.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di sekitar kawasan Masjid Khalid Al-Walid Mindef di Kuala Lumpur itu, perselisihan faham antara kedua-dua individu tersebut dipercayai berlaku selepas mereka hampir terlanggar satu sama lain ketika salah seorang daripada mereka sedang keluar simpang.

Screenshot 2020-08-13 at 6.04.34 PM
HYPE
Baru Berkahwin, Ini Cara Pasangan Muda Mampu Miliki Rumah Idaman Mereka
Baca lagi →
Capture

SUMBER: FACEBOOK

Walaupun tidak mengalami sebarang kemalangan sebelum itu, namun mereka dilihat seperti bertukar kata-kata sebelum motosikal pertama yang keluar dari simpang ketika itu memutuskan untuk membuat u-turn dan berdepan dengan penunggang motosikal yang hampir dilanggarnya sebelum itu.

Tambah mengejutkan, pertelingkahan antara kedua-duanya itu turut menyebabkan salah sebuah motosikal yang turut ditunggangi penumpang kanak-kanak terjatuh akibat daripada kejadian itu.

Malah, pengguna Facebook yang merakam kejadian tersebut juga dapat didengari berkali-kali mengingatkan agar kedua-duanya tidak berkelahi kerana mempunyai ‘anak kecil’ ataupun kanak-kanak di situ.

Tonton perkongsian penuh video yang tular itu di sini.

Video tersebut yang mula dikongsikan sejak pagi tadi itu sudah pun mula tular di beberapa platform media sosial dengan perkongsian asal tersebut telah pun mencatat lebih 7,000 shares di Facebook.

Bukan sahaja kecewa dengan sikap panas baran individu-individu tersebut namun netizen juga berpendapat perkara tersebut sepatutnya tidak berlaku jika mereka mengamalkan sikap bertolak-ansur.

Kemudahan telefon pintar dan rakaman dashcam membuatkan setiap gerak geri pengguna jalan raya diperhatikan setiap masa, jadi berhati-hatilah sebelum kita melakukan sesuatu yang mungkin boleh mengundang padah.

Tonton juga aksi kejart-mengejar antara dua kereta ini yang berjaya dirakam kamera dashcam seperti yang tular sebelum ini di pautan di bawah. 

Dikejar Dan Dihentikan, Rakaman ‘Dashcam’ Kereta Ini Buat Netizen Tertanya-Tanya

Elak Bayar Tol Dengan ‘Cucuk’ Kereta Hadapan, Bezza Putih Dikecam Netizen

Anda Mungkin Suka