Aiskrim ini dijual secara eksklusif hanya di Selfridges, London. Kenapa ianya dijual dengan harga sebegini? Kerana anda bayar untuk makan emas dan berlian bersama aiskrim ini! Bahan-bahan untuk dijadikan toppings juga bukan biasa-biasa serta berkualiti tinggi. Gold foil yang menghiasi aiskrim ini selamat untuk dimakan. Begitu juga dengan berlian dan pearl yang menghiasi aiskrim ini.

Dari segi persiapan pula, untuk membuat toppings dan bahan-bahan aiskrim ini pula mengambil masa hampir 4 jam. Jadi dengan bahan berkualiti tinggi dan masa yang diambil untuk proses penyediaan untuk aiskrim ini, anda rasa berbaloi untuk labur 99 Pound Sterling (lebih kurang RM560) ringgit untuk aiskrim ini? Tetapi anda kena pergi ke London dahululah untuk cuba aiskrim ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →