Menyebut tentang jenama Leagoo mungkin ramai daripada anda kurang mengenalinya. Dalam pada itu, melihat kepada rekabentuk smartphone yang ditiru pastinya anda cukup kenal model manakah yang menjadi ‘rujukan’.

Diinspirasikan daripada Apple iPhone X, jenama yang berasal dari China ini bakal memperkenalkan model terbaru yang hadir dengan rekaan yang sangat mirip dengan iPhone X termasuk notch di bahagian atas.

LEAGOO-S9-real-life-image-leak-2

Dari segi spesifikasi, Leagoo S9 bakal diperkenalkan dengan processor Mediatek P40, RAM 6 GB serta 128 GB ruang storan. Untuk membuatkan Leagoo S9 tampil lebih mirip dengan Apple, jenama ini turut menggunakan paparan AMOLED dengan skrin bersaiz 5.85-inci.

Harga penjualan Leagoo S9 dikatakan bakal ditawarkan pada harga sekitar $300 (~RM1,221). Harga yang jauh lebih rendah berbanding Apple iPhone X begitu juga dengan kualitinya.

Setakat ini, Leagoo S9 masih lagi belum dilancarkan secara rasmi. Kami tertanya-tanya apakah jenama ini bakal dikenakan tindakan saman daripada Apple mahupun tidak.