Ada wang lebih untuk dilaburkan? Artis Illma Gore menghasilkan satu set tandas eksklusif yang diperbuat daripada beg Louis Vuitton sebenar dan anda boleh membelinya.

Tandas ini diperbuat daripada beg Louis Vuitton bernilai hampir USD20,000 (lebih kurang RM83 ribu) yang berfungsi sepenuhnya. Monogram ikonik Louis Vuitton dapat dilihat menyaluti tandas ini dengan kemasan warna emas.

I wondered what 15k of authentic @louisvuitton bags looked like as a fully functional toilet, so I made this.

A post shared by Illma Gore (@illmagore) on

worth it

Menurut Illma, beliau menggunakan 24 jenis beg dan satu suitcase LV untuk dekorasi tandas ini dan mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan. Beg ini sedia untuk dijual di lama Tradesy dengan harga USD100,000 (lebih kurang RM420 ribu)!

Tidak pasti sama ada akan ada orang yang membeli tandas ini tetapi ada orang kaya yang sanggup berbelanja besar untuk membeli sesuatu seperti ini. Jadikannya hiasan di rumah atau benar-benar jadikannya sebagai tandas. Terpulang kepada mereka.

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤