Sirin Labs bukanlah suatu nama yang gah di dalam arena telefon pintar malah bukan juga pengeluar telefon pintar yang sudah terkenal dengan ciri sekuriti yang ada padanya. Syarikat yang berpangkalan di Israel ini mengambil langkah untuk mengeluarkan sebuah telefon pintar yang dipenuhi ciri sekuriti dan privasi dengan nama model ‘Solarin’.

Walking
HYPE
‘Pembunuh’ Yang Datang Tanpa Diundang, Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kanser
Baca lagi →

m05-31_1509vlad-savov.0

Dari segi spesifikasi amatlah wajar Solarin disertai dengan hardware yang canggih. Solarin menggunakan sistem operasi Android 5.1, cip pemprosesan Snapdragon 810, RAM 4GB serta storan 128GB. Keupayaan kamera Solarin juga sangatlah baik iaitu 24 Megapixel f/2.0 serta dilengkapi dengan bateri 4040 mAh. Boleh dikatakan spesifikasi Solarin setanding dengan telefon pintar flagship ketika ini.

Apa yang membezakan Solarin berbanding telefon pintar yang lain adalah Solarin dilengkapi dengan teknologi ‘military grade encryption’ di dalam hardware telefon pintar ini. Juga dilengkapi dengan butang ‘security switch’ dimana akan mengaktifkan ‘shielded mode’ bagi memastikan pengguna mendapat panggilan yang lancar tanpa sebarang gangguan.

m05-31_1522vlad-savov.0

Sirin Labs juga enggan mengulas dengan lebih mendalam tentang kemampuan telefon pintar keluaran mereka dalam menangani pencerobohan yang bakal berlaku. Apa yang lebih meragukan, Solarin merupakan telefon pintar pertama mereka dimana masih belum ada testimoni terbukti tentang kepakaan sekuriti telefon pintar ini.

Walaubagaimanapun, suatu tindakan yang berani daripada Sirin Labs untuk mengeluarkan telefon pintar sulung mereka dengan harga yang mengejutkan pelbagai pihak iaitu £9500 yang bersamaan RM 57090. Kami tak tertanya-tanya apakah data yang begitu penting sehinggakan telefon pintar semahal ini digunakan.

m05-31_1523vlad-savov-1.0

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Solarin, anda perlu ke kedai khas mereka di London ataupun memesannya menerusi Harrods pada penghujung bulan ini.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group