Pokemon Go baru sahaja dilancarkan dan nampaknya permainan ini dimainkan hampir kesemua lapisan umur. Tidak cukup dengan itu, permainan ini dikatakan telah memberi impak positif buat mereka yang sebelum ini tidak berminat keluar rumah untuk pergi mencari pokemon.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Dengan menumpang ‘hype’ Pokemon GO yang sangat popular ketika ini, sebuah syarikat daripada Russia telah menghasilkan iPhone 6S khas buat peminat Pokemon GO yang dinamakan sebagai iPhone 6S Caviar Pokemon GO Edition.

Screen Shot 2016-08-17 at 4.02.26 AM

Screen Shot 2016-08-17 at 4.03.01 AM

Apa yang menarik mengenai iPhone 6S edisi Pokemon GO ini adalah panel belakang iPhone ini digantikan dengan rekaan bercirikan Pokemon serta diperbuat daripada titanium. Logo pasukan seperti Mystic, Valor dan Instinct antara yang tertera di bahagian panel.

Penggunaan material yang premium pastinya membuatkan iPhone 6S ini dijual dengan harga yang mahal. Harga yang tidak munasabah namun sangat sesuai buat peminat Pokemon berkategori elit. Untuk menjadikan iPhone ini sangat exclusive, hanya 77 iPhone edisi Pokemon GO dihasilkan dan boleh didapati melalui pra-pesanan di laman web Caviar. Sanggupkah anda?

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group