Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat sudah menjadi trend buat orang ramai dalam membuat majlis hari lahir atau kejutan kepada yang tersayang dengan menggunakan ‘kek tarik duit’.

Untuk pengetahuan, kek tarik duit merupakan sebuah kek yang disediakan sebuah lubang kecil dan disertakan dengan wang pada bahagian dalam kek membolehkan pelanggan dapat menariknya satu per satu.

Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila perbualan seorang penjual kek di Instagram @nelly_atan yang menawarkan kek tarik duit ini tular di media sosial selepas menerima seorang pelanggan yang kurang faham dengan harga kek yang ditawarkan.

Kisahnya bermula apabila penjual kek ini memaklumkan harga kek seterusnya bertanyakan kepada pelanggan beliau jumlah yang ingin dimasukkan dalam kek berkenaan. Pelanggan beliau kemudiannya memaklumkan ingin menyertakan RM1,000 ke dalam kek berkenaan.

240578844_1119469058583827_5581680939252386232_n

Sumber: facebook semakan online

Situasi menjadi agak lucu apabila pelanggan berkenaan terkejut selepas dimaklumkan jumlah kek berkenaan bernilai RM1,230 selepas beliau beranggapan beliau hanya perlu membayar RM230 sahaja bagi mendapatkan kek dengan wang RM1,000 tersebut.

240346122_1119469068583826_7519616007648802633_n

Sumber: facebook semakan online

Situasi yang berlaku membuatkan perbincangan ini dimuat naik di media sosial sekaligus membuatkan para netizen terhibur. Berikut merupakan respon netizen terhadap perbualan antara penjual kek bersama pelanggan beliau. Tidak kurang juga yang berpendapat pelanggan tersebut menyangka duit palsu yang dimasukkan dalam kek berkenaan.

Screen Shot 2021-09-03 at 5.27.41 PM

Sumber: facebook semakan online

Screen Shot 2021-09-03 at 5.27.48 PM

Sumber: facebook semakan online

Berjaya mendapat perhatian Shopee

Tidak hanya para netizen yang terhibur, isu ini nampaknya turut mendapat perhatian Shopee yang hadir dengan sebuah infografik menerusi isu yang berlaku.

Tularnya isu ini secara tidak langsung mendedahkan orang ramai terhadap konsep bayaran kek tarik duit di mana wang yang disertakan adalah berasingan dengan harga kek.

Tular pada minggu ini apabila wanita ini berjaya membuatkan netizen tergamam apabila berjaya melukis stesen KTM dengan hanya menggunakan Microsoft Excel sahaja.

Wanita Ini Lukis Stesen KTM Guna Microsoft Excel, Hasilnya Buat Netizen Tergamam

‘Semalam Bila Rosak?’- Reaksi Pekerja Pizza Hut Bersabar Dengan Pertanyaan Pelanggan Raih Perhatian Netizen

Anda Mungkin Suka