‘Umpama cacing hendak jadi naga’, itulah perumpaan yang sesuai ditujukan kepada seorang pemilik Mercedes-Benz apabila mengamuk dengan menyebut kata-kata kesat dan menunjukkan isyarat jari lucah apabila ditinggalkan jauh kebelakang oleh sebuah Nissan GT-R R35.

Baru-baru ini tular satu rakaman video menunjukkan seorang pemandu Mercedes memotong kenderaan lain menggunakan kesemua lorong untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Tidak lama selepas itu, dia terjumpa sebuah Nissan GT-R yang sedang menukar lorong ke kiri dan dia terus ‘mencucuk rapat’ di belakang kereta tersebut mahu cuba bersaing dengan berkuasa tinggi Jepun itu.

Bagaimanapun terbukti kereta Mercedes itu sememangnya ‘makanan’ Nissan GT-R apabila kereta tersebut jauh ketinggalan kebelakang sehingga mencetus kemarahan pemandu Mercedes.

Rakaman video berdurasi hampir dua minit itu telah meraih perhatian orang ramai yang bimbang dengan aksi berbahaya mereka memotong kenderaan lain menggunakan keempat-empat lorong yang ada.

Pada masa sama, orang ramai juga berasa sedikit geli hati apabila melihat reaksi pemandu Mercedes ‘koyak’ setelah ditinggalkan jauh kebelakang oleh Nissan GT-R yang dia cuba cabar pada awalnya.

Sumber Gambar: Facebook Malaysia Automotive Shitposting
Sumber Gambar: Facebook Malaysia Automotive Shitposting

Bagaimanapun, tindakan kedua-dua pemandu ini tidak wajar diikuti dan diamalkan oleh orang ramai kerana ia salah dari segi undang-undang serta boleh mendatangkan musibah kepada pengguna jalan raya lain.

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, klik pautan di bawah untuk baca insiden melibatkan satu konvoi kereta mewah yang berlaku pada hari minggu baru-baru ini.

Polis Masih Menyiasat Insiden ‘Ford Vs Lamborghini’, Pemandu Wanita Didakwa Cuba Memotong Secara Zig-Zag

Konvoi Kereta Mewah Buat ‘Roadblock’ Tengah Lebuhraya, Dakwa Untuk Halang Pemandu Mabuk

Abang Lori Didakwa Halang Laluan Perjalanan Konvoi Kereta Mewah Cetus Pertikaian Ramai

Sumber