Sejak pandemik melanda, dapat dilihat orang ramai sudah mulai adaptasi dengan keadaan semasa dengan bekerja dari rumah manakala pelajar pula menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Menerusi PdPR menggunakan Google Meet, murid-murid diminta untuk menghadirkan diri dan berinteraksi dengan guru sekiranya diperlukan. Dalam pada itu, lain ceritanya pada kali ini apabila tular sebuah video di mana murid-murid yang diajar oleh seorang ustazah ini sekadar berdiam diri tanpa memaparkan sebarang video.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Situasi yang berlaku nyata membuatkan ustazah tersebut panik dan beranggapan telefon pintar beliau bermasalah. Ustazah tersebut seterusnya dikejutkan apabila kesemua pelajar tampil dengan sebuah kad beserta ucapan sempena hari lahir beliau.

Situasi yang berlaku nyata membuatkan ustazah tersebut sebak dengan kejutan dan usaha yang dilakukan murid-murid beliau. Perkongsian video yang tular di media sosial ini turut mendapat perhatian netizen di mana para netizen turut berasa sebak dengan situasi yang berlaku. Berikut merupakan respon netizen mengenai video tersebut.

Video tersebut sekaligus mengingatkan orang ramai terhadap pengorbanan seorang guru yang bertungkus lumus mengajar ilmu kepada para murid. Kesepakatan dan kreativiti para murid juga dapat dilihat pada video ini di mana masing-masing berpakat untuk berdiam diri terlebih dahulu sebelum membuat kejutan kepada ustazah mereka.

Tular pada minggu ini apabila wanita ini yang mengajar ilmu penyusuan dengan penuh sopan ‘diserang’ dengan netizen yang komen berbaur lucah terhadap pengajaran dan imej beliau.

Ajar Ilmu Penyusuan Penuh Sopan, Wanita Ini ‘Diserang’ Netizen Dengan Komen Berbaur Lucah

‘Dari Jauh Je Berani Sotong’- Sharnaaz Sahut Cabaran Caprice Untuk Bersemuka

Sumber