Disebabkan ramai orang yang mencuba pizza viral daripada influencer dan usahawan Jofliam, maka Jason yang terkenal dengan konten mengulas makanan telah ‘review’ pizza tersebut.

Menerusi video tersebut, Jason mengatakan bahawa bukan mudah untuk menempah pizza Jofliam dan cara untuk mendapatkannya juga agak leceh.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@scaredtodie

now i can sleep in peace #makanlokal #inspirasiramadan #bukapuasa

♬ original sound – Jason – Jason

Akan tetapi, akhirnya dia berjaya untuk mencuba sendiri pizza viral itu dan mengatakan pizza tersebut sedap tetapi rotinya agak biasa serta mengatakan boleh mendapatkan pizza seperti itu di tempat lain.

Susulan ‘review’ jujur daripada Jason itu telah meraih perhatian Jofliam dan Jofliam mengeluarkan kenyataan seolah-olah tidak dapat menerima kritikan yang diberikan.

Kenyataan Jofliam mendapat perhatian ramai dan netizen meminta Jofliam berlapang dada menerima kritikan. Dalam satu kenyataan di Instastory miliknya semalam, Jofliam tampil memohon maaf dan mengakui keterlanjuran bahasa ketika memberi respon balas kepada video Jason serta meminta orang ramai untuk memberhentikan fitnah terhadap dirinya.

Menurutnya, dia hanya berasa dipergunakan oleh Jason kerana dia mempromosikan kedai lain sedangkan membuat ulasan mengenai produk pizza yang diusahakannya bukanlah kerana tidak terima ulasan jujurnya.