Age it’s just a number. Itulah kata orang muda apabila ditanya mengenai kemampuan mereka untuk memimpin negara.

Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq sendiri pernah menyatakan perkara yang sama ketika mana beliau dilantik menjadi menteri dan mencipta sejarah negara sebagai menteri paling muda.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terbaharu, Sanna Marin, seorang wanita berumur 34 tahun. Memegang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebelum ini bakal diangkat sebagai perdana menteri Finland.

915ffdb8cd68472d861e4c282a49056b_18
Al Jazeera

Beliau dipilih oleh barisan ahli parti Sosial Demokratik selepas Antti Rinne hilang kepercayaan di parlimen.

Upacara mengangkat sumpah akan dilakukan minggu ini dan jika semuanya berjalan lancar, Sanna Marin bakal menjadi perdana menteri paling muda pernah memimpin negara.

Tapi kalau anda rasa itu sudah cukup bad ass, sebenarnya tidak.

Apa yang lebih menarik adalah Sanna Marin akan mengetuai parti kerajaan dan dibawahnya terdapat lagi empat parti yang diketuai oleh wanita.

Beliau memulakan kariernya dalam bidang politik sejak 2015 dan menyertai parlimen ketika berumur 27 tahun.

Ibu kepada seorang anak ini telah menjadi Menteri Pengangkutan dan Komunikasi sejak June tahun ini

Ketika ditanya mengenai umur dan jantina, Marin dengan tegas menyebut bahawa beliau tidak mempercayai bahawa umur dan jantina memainkan peranan.

Tetapi mandat dan kepercayaan yang diberikan kepada orang ramai adalah faktor mengapa beliau dilantik sebagai perdana menteri.

Syed Saddiq adalah menteri termuda di Malaysia dan pernah diletakkan sebagai 20 anak muda berpengaruh di dunia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Syed Saddiq Tersenarai Sebagai 20 Anak Muda Berpengaruh Di Dunia

Syed Saddiq Dilantik Sebagai Menteri Belia Dan Sukan