Pada minggu ini, isu penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai seperti Touch ‘n Go, SmartTAG, RFID, kad debit dan kad kredit menjadi bualan hangat di pelbagai platform media sosial.

Lebih-lebih lagi selepas isu sistem RFID kurang berfungsi dengan baik di beberapa kawasan plaza tol sehingga mengakibatkan kesesakan yang melampau baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketika beberapa pihak sedang cuba membaik pulih masalah tersebut secepat mungkin, pihak PLUS juga sedang membuat ujian rintis penggunaan kad debit dan kad kredit kerana ia berpeluang menjadi sebagai salah satu kaedah pembayaran tanpa tunai yang lebih mudah serta pantas buat orang ramai.

Keefisienan kaedah pembayaran mengunakan kad turut dizahirkan melalui satu video iklan terbaharu oleh pihak MyDebit melalui saluran YouTube rasmi mereka baru-baru ini.

Video iklan yang berdurasi kira-kira 1 minit itu menceritakan bagaimana orang ramai boleh membuat pembayaran parkir lebih mudah dengan hanya menggunakan kad ATM yang mempunyai fungsi MyDebit terbina didalamnya.

Jadi orang ramai boleh mengelakkan pembaziran masa untuk beratur membayar tiket pada mesin autopay ataupun perlu mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar ‘denda’ tiket parkir yang hilang tanpa sengaja.

Video tersebut telah meraih hampir 600,000 tontonan di YouTube dan ratusan maklum balas positif daripada pengguna Twitter setelah video tersebut dimuat naik semula oleh @AshraffMokhtar, salah satu individu yang bertanggungjawab untuk menjayakan iklan MyDebit tersebut.

https://twitter.com/forTWIC3/status/1483641343448473600?s=20

Berdasarkan maklum balas yang dikongsikan ramai, rata-rata netizen mahukan fungsi MyDebit turut menjadi salah satu kaedah pembayaran tanpa tunai di setiap kawasan plaza tol.

Tambah orang ramai lagi, andaikata kaedah pembayaran MyDebit di plaza tol digunakan sejak dahulu lagi, sudah pasti masalah kesesakan lalu lintas berkurangan jika hendak dibandingkan dengan situasi sekarang.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan video iklan ini kerana ia berjaya menghiburkan orang ramai dan pada masa sama turut memudahkan orang ramai untuk lebih faham betapa efisen dan efektif pembayaran menggunakan kad pada masa kini.

Anda boleh tonton video penuh iklan pendek ‘MyDebit: Kelam Kalibut’ di sini.

Sementara itu, pihak PLUS sedang bertungkus-lumus membuat ujian rintis penggunaan kad debit dan kad kredit sebagai kaedah pembayaran tanpa tunai untuk masa akan datang.

PLUS Bakal Tambah Kaedah Pembayaran Tol, Kini Sedang Menguji Penggunaan Kad Debit Dan Kad Kredit

Sumber