Sejak pelaksaan PKP, aktiviti merentas negeri tidak dibenarkan dan pastinya ramai sudah merindui kampung halaman untuk berjumpa keluarga tercinta. Bagi anda yang tinggal berdekatan Gombak, anda mungkin boleh terjah ke restoran ini dimana menawarkan keunikan dengan ‘vibes’ seperti di kampung halaman.

Menariknya restoran ini, ia hadir dengan konsep rumah Melayu lama dan juga menghidangkan pelbagai jenis makanan Melayu. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memilih untuk makan dengan duduk bersila di atas lantai seperti berada di kampung halaman.

HYPE
Lenovo Janjikan Pengalaman ‘Gaming’ Dan Kerja Lebih Lancar Dengan Legion 5 Dan G27q-20 Monitor
Baca lagi →

Bukan sahaja memiliki konsep menarik tetapi setiap sudut di restoran ini turut sesuai untuk anda bergambar bagi mengabdikan kenangan anda bersama keluarga atau rakan ketika berkunjung di sini.

Malah, kebiasaannya para pelanggan akan dapat menyaksikan ‘live band’ di restoran ini. Memang seronok dapat dengar alunan muzik yang merdu sambil nikmati makanan enak.

Selain itu, anda juga dapat merasai kesegaran alam semulajadi di restoran ini kerana ia dikelilingi alam semulajadi. Sesuai buat anda yang mahukan ketenangan selepas lama ‘terkurung’ di rumah.

Bagi anda yang mahu ke restoran Golek-Golek Suanana Kampung ini, ia dibuka setiap hari kecuali Isnin dari jam 7 malam hingga jam 12 tengah malam. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu agar tidak perlu bersesak dan sentiasa mengamalkan SOP.

Tahukah anda, terdapat sebuah restoran yang hantar makanan menggunakan bot seperti di Thailand? Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Tidak Perlu Ke Thailand, Restoran Thai Di Ampang Ini Tawar Keunikan Hantar Makanan Guna Bot Laju

5 Tempat Makan ‘Murah’ Dan Sedap Di Kota Damansara

Anda Mungkin Suka