Sekali pandang (atau dalam kes ini sekali baca), kita akan tertanya-tanya betulkah individu yang menulis perkongsian ini bukan warga tempatan.

Perkongsiannya yang lengkap dengan penjelasan sambil sempat berseloroh pasti akan menghiburkan hampir sesiapa saja yang membaca di samping membuatkan kita berasa kagum.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bahasa Malaysia-nya boleh dikatakan sangat baik walaupun mengandungi sedikit kesalahan (sepertimana perkongsian netizen tempatan sebelum ini).

Tetapi itulah yang dilakukan Mirazul Islam Khan, warga Bangladesh yang kini menetap bersama keluarganya di sana apabila perkongsiannya di grup Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ini mencuri perhatian netizen.

Lihat dahulu perkongsian yang dibuatnya di grup Facebook ini dan anda mungkin akan bersetuju dengan kami dan sebahagian besar netizen yang berpendapat Bahasa Malaysia-nya sangat bagus.

BeFunky-collage – 2021-01-19T152607.157

“Ini mesti sudah lama duduk di Malaysia. Penulisan macam orang Melayu betul.

Terer dia ni menulis. Kalau ambil kertas Bahasa Malaysia mesti dapat A ni,” antara komen yang ditinggalkan netizen di hantaran tersebut.

Bercerita kepada The Vocket, Mirazul Islam atau lebih mesra disapa dengan nama panggilan Zul menjelaskan beliau pernah menetap di Malaysia selama lima tahun sebelum pulang ke negara asalnya sekitar tiga tahun lalu.

“Selama lima tahun saya memang tak pernah balik dari Malaysia. Sekarang ini dah tiga tahun lebih saya balik ke Bangladesh. Dan masuk Malaysia bila ada kerja penting sahaja.

“Tapi saya tak pernah lupa Bahasa Malaysia. Sebab ramai sungguh sahabat-sahabat saya di Malaysia yang selalu menghubungi saya,” kongsinya ketika dihubungi The Vocket.

Tambah menarik, beliau mengakui Bahasa Malaysia adalah antara bahasa yang paling digemarinya walaupun turut fasih dalam beberapa bahasa lain.

Antara bahasa lain yang boleh dituturkannya adalah bahasa Inggeris, bahasa Lombok, bahasa Nepal, bahasa Pakistan dan juga bahasa Hindustan yang menurutya adalah hampir sama dengan dengan bahasa Nepal dan juga bahasa Urdu.

Selain itu, beliau juga bercakap dalam loghat Terengganu dan Kelantan. Kami telah mencuba dan dia memahami apa yang ditanyakan dalam dialek Kelantan.

Haha molek gitu boh,” selorohnya ketika ditanya mengenai perkara berkenaan.

Mengimbau kembali kenangannya semasa berada di Malaysia, Zul memberitahu beliau melakukan pelbagai pekerjaan daripada bekerja di ladang kelapa sawit sehingga menjadi jurubahasa.

Kini hasil daripada kemahirannya berbahasa Malaysia dengan fasih, beliau bukan sahaja boleh membuat hantaran dan berkongsikan kisahnya bersama netizen Malaysia namun beliau difahamkan turut mempunyai pekerjaan disebabkan perkara itu.

Beliau ketika dihubungi sebelum ini memberitahu selalu mempromosikan Malaysia kepada masyarakat di sana terutamanya kepada pelajar yang berniat untuk menyambung pelajaran ke negara ini.

Selain itu, beliau juga menjelaskan turut mengajar Bahasa Malaysia dan juga adab seorang Melayu kepada pelajar luar negara yang ingin ke Malaysia.

Baca juga perkongsian menarik dari media sosial yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

Dipersenda Netizen Di Twitter, Norlia Ghani Tidak Kisah Dibandingkan Dengan Kavita Sidhu

Raih RM18,000 Dalam Masa 2 Bulan, Netizen Tergamam Lihat Pendapatan ‘Rider’ Makanan

Wanita Dari AS Dikecam Netizen Indonesia, Ajar Orang Salah Guna Visa Untuk Tinggal ‘Free’ Di Bali

Sumber