Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Bekerja dari rumah sudah menjadi norma baharu di seluruh dunia dan pastinya ada daripada anda yang hadir ke mesyuarat secara ‘online’ dengan memakai baju formal tetapi mengenakan seluar tidur atau hanya berkain batik agar lebih selesa.

Terbaharu, sebuah video TikTok dikongsi oleh pengguna @kevinolearytv menunjukkan dirinya yang sedang berada dalam satu panggilan video. Menerusi video terbabit, dia telah menggayakan baju kameja beserta sut dan memakai kain batik berwarna biru .

@kevinolearytv

What do you spend most on? Share this with someone who spends beyond their means! #kevinoleary

♬ original sound – Mr. Wonderful

Video tersebut mendapat perhatian netizen terutama sekali mereka yang berada di Asia Tenggara. Siapa sangka orang luar negara turut berpakaian sedemikian rupa untuk menghadiri mesyuarat atau ‘conferences’ secara online. Untuk pengetahuan anda, Kevin O’Leary merupakan seorang ahli perniagaan terkenal dan membintangi rancangan realiti TV Shark Tank sebagai pelabur.

Malah, ada juga netizen yang mengatakan batik tersebut dari Malaysia dan ada juga mendakwa ia dari Indonesia. Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan batik seharusnya wanita yang pakai manakala lelaki memakai kain pelikat.

Para netizen turut berseloroh mengatakan kain batik mereka hilang diambil oleh terbabit. Malah, ada juga netizen yang tertanya-tanya di mana lelaki tersebut mendapatkan kain batik itu.

Sementara itu, skill mat salih masak burger jalanan pernah curi tumpuan ramai. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Lengkap Dengan Perasa Maggie, Netizen Kagum Lihat Skil Mat Salih Ini Masak ‘Burger Ramly Special’

Selepas Nasi Lemak, YouTuber Ini Mahu Kembali Ke Malaysia Kerana Burger Ramly Pula

YouTuber Dari Greece Sanggup Terbang 9,600KM Ke Malaysia Kerana Rindukan Nasi Lemak

Anda Mungkin Suka