Ketika ini pasti ramai sudah lama tidak ‘terbang’ untuk melancong dan buat anda yang selalu menaiki penerbangan AirAsia akan merindui makanan mereka. Tidak perlu bimbang, almaklumlah restoran Santan yang menyajikan makanan dalam flight kini berada di Midvalley dan Sunway Pyramid.

Siapa di sini peminat menu Nasi Lemak Pak Nasser? Apa kata anda cuba Nasi Lemak Pak Nasser dalam versi aiskrim. Mesti anda terkejut dan tertanya-tanya betul ke ada Nasi Lemak Pak Nasser dalam versi aiskrim.

https://www.instagram.com/p/CEasfwlJOmK/

Sempena sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, Restoran Santan bekerjasama dengan pengusaha aiskrim terkemuka, Crème De La Crème (CDLC) untuk melancarkan dua perisa terhad yang cukup istimewa iaitu aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser dan aiskrim Pandan Dodol.

Kami telah mencuba kedua-dua aiskrim ini, bagi aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser tampil dengan rasa unik pada gigitan pertama. Gabungan rasa sejuk, manis, dan lemak berkrim serta rasa nasi lemak membuat kami berasa terkejut ketika menikmati aiskrim ini. Manakala aiskrim Pandan Dodol yang tidaklah terlalu manis dan berkrim dapat meningkatkan deria rasa anda.

photo_2020-08-28_16-48-48

photo_2020-08-28_16-48-52

Bagi yang berminat, harga yang ditawarkan cukup berpatutan pada RM8.80 secawan, dan boleh didapati secara eksklusif di Restoran Santan Mid Valley dan Sunway Pyramid, atau di Crème De La Crème Uptown Damansara dan Mont Kiara bermula 28 Ogos 2020. Tunggu apa lagi?

Sementara itu, kami ingin kongsikan beberapa artikel untuk melancong dalam Malaysia pada pautan di bawah ini.

Ternyata Bukan ‘Scam’, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Pusing Malaysia Guna AirAsia Unlimited Pass

5 Sebab Kuala Langat Jadi Destinasi ‘Day Trip’ Yang Unik Dan Terbaik Buat Warga Kota

Kecantikan Luar Biasa ‘Blue Tears’ Di Kuala Selangor Jadi Tarikan Pelancong Seluruh Dunia