Tidak lama lagi filem terbaharu Star Wars akan ditayangkan di pawagam pada 30 Disember ini. Berikutan itu, restoran Santan ingin berikan satu kejutan buat peminat filem Star Wars.

Untuk pengetahuan anda, restoran Santan akan berikan hidangan percuma khas untuk peminat Star Wars esok. Anda tidak salah lihat, memang secara percuma!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/B6MabJTFmSI/

Anda layak untuk mendapatkan hidangan daripada Santan dengan hanya memakai pakaian atau mempamerkan apa-apa koleksi Star Wars. Mudah sahaja, bukan?

Akan tetapi, adalah diingatkan bahawa promosi ini terhad kepada 50 penebusan sahaja dan tertakluk pada terma dan syarat. Jika anda belum lagi mencuba hidangan enak di restoran Santan, anda patut cuba hidangan yang ada.

Restoran Santan baru sahaja dibuka di Mid Valley dan telah mendapat sambutan yang hangat. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

AirAsia Jual Nasi Lemak Pak Nasser Hanya RM5 Sempena Pembukaan Santan

Ketahui Sejarah Di Sebalik Nasi Ayam Uncle Chin Yang Menjadi Pilihan Ramai

Cawangan Pertama Santan Oleh AirAsia Bakal Dibuka Di Mid Valley Tidak Lama Lagi