Jika di Bukit Tinggi para pengunjung berpeluang merasai pengalaman seolah berada di Colmar, Perancis lain ceritanya dengan Santorini Park yang membawakan pengalaman seperti berada di Greece. Menariknya, taman tema ini lebih mudah diakses buat pengunjung di Malaysia memandangkan Santorini Park terletak di negara jiran iaitu Thailand.

Sesuai dengan namanya iaitu Santorini Park, taman tema ini diinspirasikan daripada rekaan bangunan dari Santorini, Greece. Warna putih dan biru dipadankan pada beberapa bangunan di sini. Sangat sesuai buat mereka yang sukakan latar belakang menarik untuk mengambil gambar sebagai kenangan atau dimuat naik ke Instagram.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Santorini-Park-Cha-Am

2

Untuk pengetahuan anda, Santorini Park juga turut dibahagi kepada beberapa tempat dimana pengunjung berpeluang merasai seolah berada di Greece ketika berada di Village Zone. Buat anak muda yang sukakan cabaran, mungkin taman tema yang menyertakan wall climbing dan bungee jumping antara yang menjadi pilihan. Aneka pilihan restoran, kafe dan salon antara yang tersedia di Santorini Park.

Selain penawaran hiburan bertemakan taman tema, pengunjung juga turut berpeluang untuk mengunjung ke Weekend Art Market. Pelbagai cenderamata dan barangan kraf tangan ditawarkan diselang seli dengan barangan jualan berkonsepkan Greece dan Thailand.

SantoriniPark6

SantoriniPark3

Santorini

SantoriniPark1

Santorini Park

Buat pasangan yang ingin berbulan madu dan sedang mencari tempat romantik seakan Santorini seperti yang terletak di Greece, mungkin Santorini Park yang terletak di daerah Cha-Am antara yang boleh anda jadikan altenatif. Soal penginapan, anda tidak lagi perlu risau kerana Santorini Park turut menawarkan hotel khusus buat para pengunjung.

Sumber