Umum mengetahui negara kita kini sekali lagi berdepan peningkatan kes COVID-19 dengan jumlah kes baru yang direkodkan beberapa hari ini sentiasa sahaja mencecah tiga angka.

Keadaan semasa itu sekaligus menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat terutama petugas barisan hadapan dari sektor kesihatan dan keselamatan seperti jururawat dan juga polis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tatkala masyarakat awam hanya menantikan perkembangan semasa melalui laporan berita dan media sosial, mereka ini pula perlu berjuang di barisan paling hadapan dalam mengawal dan menghentikan wabak membunuh itu.

Bagaimanapun, pengorbanan mereka ini sememangnya tidak pernah dilupakan oleh masyarakat dan juga barisan pemimpin seperti Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham yang sering memberikan kata-kata semangat untuk mereka terus berjuang.

Seperti yang dilakukan beliau menerusi satu hantaran di akaun Facebook miliknya pada semalam dengan kata-kata penuh semangat meminta agar mereka terus tabah dan cekal untuk kembali berjuang meratakan lengkung jangkitan COVID-19 di negara kita.

“Kepada semua frontliners; kita sedang berhadapan dengan perang yang besar di hadapan dan negara sedang bergantung kepada kita.

“Walaupun sering tidak tidur dengan lena dan keletihan, sapu lah air matamu, bangkit dan terus berjuang untuk memutuskan rantaian COVID-19,” tulis beliau di Facebook.

Ucapan penuh semangat daripada ‘jeneral perang’ melawan COVID-19 di negara kita yang dibuat pada semalam itu sehingga kini sudah pun menerima lebih 6,000 perkongsian di Facebook.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di hantaran tersebut juga dilihat mengucapkan terima kasih dan ada juga yang merendah diri meminta maaf kerana mereka sekali lagi terpaksa bekerja keras untuk memutuskan rantaian COVID-19.

komen2 komen1

Untuk perkembangan semasa COVID-19 dalam negara kita, KKM pada semalam mengumumkan sebanyak 317 kes baharu telah dicatatkan pada Sabtu.

Dua negeri iaitu Sabah dan Kedah menjadi penyumbang terbesar angka tersebut dengan Sabah merekodkan 155 kes manakala Kedah pula merekodkan 102 kes.

Catatan kes baru pada semalam juga turut menyaksikan kesemua kes adalah merupakan kes tempatan dan tiada kes import yang direkodkan.

Baca juga perkongsian kami sebelum ini mengenai perkembangan semasa COVID-19 dalam negara di pautan di bawah.

‘Ini Angka Yang Merisaukan Kita’ – 260 Kes Baharu COVID-19 Direkodkan Hari Ini

Tiga Pusat Beli Belah Di Kuala Lumpur Beri ‘Amaran’ Kepada Pengunjung Selepas Catat Kes COVID-19

MySejahtera Jadi Pertikaian Netizen Disaat Kes COVID-19 Dalam Negara Kembali Meningkat

Sumber