Seorang pelajar undang-undang beragama Islam, Sara Iftekhar berumur 20 tahun ini menjadi wanita bertudung pertama yang berjaya menyertai acara final Miss England bertanding dengan 49 peserta lain di Kelham Hall di Newark, Nottinghamshire.

Sara Iftekhar dari Huddersfield, sebelum ini pernah memenangi Miss Huddrsfield 2018 dan mengakui pengalaman menyertai acara final sebagai sesuatu yang luar biasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Walaupun beliau tidak menang dalam pertandingan ratu cantik yang penuh berprestij itu, penampilan beliau yang mengenakan hijab mendapat perhatian netizen.

Beliau akur apabila Alisha Cowie yang dinobatkan sebagai Miss England 2018 kerana beliau tidak berharap untuk mencipta sejarah tapi beliau tetap berasa bangga dengan pencapaian tersebut.

Sebelum ini juga, gadis kelahiran Malaysia, Nurul Zuriantie Shamsul turut menjadi perhatian kerana memakai hijab dan mendapat tempat kelima dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe New Zealand 2018.

Ini menunjukkan bahawa tak kiralah berhijab atau tidak, jika anda yakin dengan diri anda, pasti anda akan berjaya.

Sumber