Beliau adalah pemegang 6th Dan tali pinggang hitam yang pernah menjadi seorang pengadil bertaraf antarabangsa sejak tahun 1996 selepas beliau bersara sebagai pemain Taekwondo untuk Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sarah Chung Pit Jin adalah bintang terbesar didalam sukan Taekwondo yang pernah dilahirkan di negara Malaysia. Dari tahun 1980 sehingga tahun 1996, beliau pernah mendominasi pingat emas dalam empat kategori iaitu dari “Bantam weight” sehinggalah “Heavyweight” di peringkat Kebangsaan dan Asia.

sandra 1

Tahun 1992 adalah tahun yang bertuah bagi beliau kerana Sarah telah mencipta sejarah taekwondo Malaysia dimana beliau telah memenangi pingat emas pertama buat Malaysia (tiada pemain sebelumnya pernah memenangi pingat emas) didalam kejohanan “World Invitational Taekwondo Championships”

Dan pada tahun yang sama juga, beliau sekali lagi mencipta sejarah apabila berjaya menjuarai kategori beliau di kejohanan “10th Asian Taekwondo Championships”.

sandra

Pada tahun 1992 itu jugalah beliau dianugerahkan Pingat Ahli Mangku Negara oleh Agong Malaysia dan turut dianugerahkan Pingat Bintang Kinabalu oleh Ketua Menteri Negeri Sabah ketika itu.

Beliau menggangap dua anugerah itu adalah detik-detik yang paling dibanggakan olehnya.

Pada tahun 2007, beliau sekali lagi menerima penghargaan daripada badan induk Federasi Taekwondo Dunia apabila nama beliau telah dinamakan di dalam “Hall of Fame” sebagai “Pioneer Female Player Of Malaysia”.

Maka dengan itu secara tidak langsung nama beliau telah terpahat didalam sejarah peradaban dunia Taekwondo.

Disini disertakan rekod-rekod kejayaan beliau dan anugerah-anugerah yang telah beliau terima.

Kejayaan

1980-1996 – Juara Negeri Sabah dalam beberapa kategori dari Bantam-Heavyweight
1981 -1983 – Pingat Perak Malaysia National
1982 -1987 – Pingat Emas Malaysia National Schools Championships
1984 -1996 – 13 tahun menjuarai pelbagai kategori Malaysia National

1987 – Pingat Emas Malaysia Games (SUKMA) Featherweight
1989 – Pingat Emas South East Asian Games Lightweight
1989 – Pingat Emas World Invitaional Taekwondo Championships
1991 – Pingat Emas South East Asian Games Heavyweight
1992 – Barcelona Olympian – Welterweight
1992 – Pingat Emas Asian Championship – Heavyweight bested Korea
1993 – Pingat Emas South East Asian Games Heavyweight
1995 – Pingat Emas South East Asian Games Heavyweight

Anugerah dan Penghormatan

1980 – Most promising New Taekwondo Athlete for the Year
1986 – Sabah Youth Merit Award by the Rotary Club
1986 – Best Student of the Year (Based on Academics, Athletics and Leadership)
1987 – Sabah Sportswoman of the Year Award
1987 – Malaysia Sportswoman of the Year Award
1989 – Malaysia Sportswoman of the Year Award
1989 – Sabah Sportswoman of the Year Award
1991 – Sabah Sportswoman of the Year Award
1992 – Malaysia Sportswoman of the Year Award
1993 – Malaysia Sportswoman of the Year Award
1987 – Malaysia Sportswoman of the Year Award
1992 – Sabah Sportswoman of the Year Award
1992 – Awarded (Ahli Mangku Negara) designation by Agong of Malaysia
1992 – Awarded B.K. (Bintang Kinabalu) designation by the Head Ministry of Sabah State
1993 – Sabah Sportswoman of the Year Award
1995 – Sabah Sportswoman of the Year Award
1995 – Malaysia Sportswoman of the Year Award