Sarawak terkenal dengan kepelbagaian kaum dan budaya telah diundi sebagai negeri paling romantis di Malaysia manakala Putrajaya, Kelantan dan Terengganu dinobatkan sebagai negeri yang kurang romantis, lapor The Borneo Post.

Salah sebuah platform e-dagang antarabangsa, Picodi.com telah mengeluarkan senarai penuh dengan Sarawak, Johor dan Sabah diundi negeri dengan orang yang romantis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Senarai ini diambil kira selepas membuat beberapa kaji selidik berdasarkan soalan mengenai hari kekasih yang bakal tiba pada pertengahan bulan ini dan Putrajaya mencatatkan rekod buruk bersama-sama dengan Kelantan dan Terengganu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh platform yang beroperasi di Poland dan kini berada di 44 negara termasuk Malaysia, berkata selepas melihat secara dekat data yang dikeluarkan oleh Google, ternyata rakyat Malaysia yang paling romantis tinggal di Sarawak, Johor, dan Sabah.

WhatsApp-Image-2020-02-06-at-1.52.28-PM

“Di negeri-negeri ini, soalan berkaitan dengan hari kekasih telah direkodkan berada di tahap tertinggi. Ternyata Sarawak, yang terkenal dengan khazanah semula jadi yang indah dan kepelbagaian makanan boleh menambah romantik sebagai satu lagi ciri khas negeri ini.”

Kaji selidik ini berdasarkan populariti kata kunci yang selalu dicari oleh para pengguna dalam tempoh Januari sehingga Februari 2019. Ia diambil daripada data yang diarkibkan oleh Google.

Hasilnya, kedudukan terbaik dipegang oleh dua negeri yang jauh daripada Semenanjung. Manakala dua negeri Pantai Timur – Kelantan dan Terengganu – berada di kedudukan tercorot dengan Putrajaya berada di kedudukan paling bawah.

Untuk info lanjut mengenai Sarawak, klik pautan di bawah.

Kenderaan ‘Back To The Future’ Di Sarawak Sedia Dijual Dengan Harga RM198,000

Projek Motosikal Ambulans Pertama Malaysia Bakal Dilaksanakan Di Sarawak

Netizen Puji Tindakan Pantas Nelayan Ini Menyelamatkan Ikan Yu Paus Di Perairan Sarawak