Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan kuasa kawal selia aktiviti huluan sumber minyak dan gas di Sarawak.

Prosiding tersebut ditolak oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop dan mengarahkan syarikat tersebut untuk membayar RM 50,000 kepada kerajaan negeri sebagai kos.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berita tersebut disambut baik oleh seluruh rakyat Sarawak dan juga ketua menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Haji Openg yang turut meluahkan rasa kesyukuran dan berterima kasih pada pasukan peguam negeri.

Syarikat minyak nasional tersebut memfailkan prosiding mengikut Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan memohon pengisytiharan Akta Pembangunan Petroleum 1974 untuk mengawal selia aktiviti minyak di negeri tersebut. Syarikat tersebut diwakili oleh peguam Malik Imtiyaz Sarwar manakala Sarawak diwakili oleh peguam kerajaan negeri Datuk Sri J.C Fong.