Pelakon dan pengacara berdarah kacukan, Sarimah Ibrahim dipuji netizen kerana fasih untuk berbahasa Melayu walaupun tidak dibesarkan di Malaysia.

Sarimah melalui perkongsiannya di Twitter berkata beliau sangat berterima kasih kepada bapanya yang mengajar beliau untuk cakap Melayu. Walaupun kerap bertukar sekolah, Sarimah berkata beliau masih dapat bertutur dalam bahasa Melayu kerana bapanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya lahir di Ireland. Belajar di sekolah kebangsaan, Cambridge High School di Abu Dhabi, Emirates Internatonal School Dubai dan Wesley College, Dublin. Saya sangat bersyukur ayah bertutur dengan saya dalam Bahasa Melayu di luar negara. Bila saya pulang ke Malaysia pada tahun 1996, saya masih boleh bercakap bahasa ini,” tulis Sarimah di Twitter.

https://www.youtube.com/watch?v=L5ViL2FHcSY

Ramai yang memuji Sarimah tidak lupa diri dan masih fasih bercakap Bahasa Melayu walaupun tinggal di luar negara. Ada juga yang memuji Sarimah yang sangat fasih bercakap bahasa Melayu ketika mengacarakan sesuatu majlis atau program. Salah satunya ketika beliau mengacarakan Anugerah Juara Lagu 31 bersama Fara Fauzana ini.

Sedih apabila ada rakyat Malaysia yang masih tidak fasih berbahasa Melayu sedangkan mereka sudah tinggal di Malaysia. Harap Sarimah dapat dijadikan idola oleh rakyat Malaysia untuk berbahasa Melayu dengan fasih selepas ini.

Ini pula kisah mat salleh yang ‘jatuh cinta’ dengan Bahasa Melayu. Rasa bangga apabila orang luar hargai bahasa kita.

Kerana Jatuh Cinta Dengan Malaysia, Mat Salleh Ini Belajar Kuasai Bahasa Melayu

‘Billion Dollar Whale’ Edisi Bahasa Melayu Sudah Mula Ditawarkan

Bahasa Jiwa Bangsa Tapi Apa Yang Saya Lihat Adalah Sebaliknya Bagi Bahasa Melayu