Walaupun hampir keseluruhan kawasan dalam negara kita kini sudah dapat kembali kepada aktiviti asal dengan mengamalkan norma baru, namun beberapa kawasan di daerah Kota Setar baru-baru ini pula melaksanakan PKPD Secara Pentadbiran sehingga 25 September ini.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (PKPD) yang berlangsung sejak11 September itu bagaimanapun mungkin tidak menjadi sesuram yang disangka dengan kehadiran hantaran-hantaran Facebook Unit Pendidikan Kota Setar Kedah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Hantaran-hantaran yang dibuat akaun Facebook itu sejak beberapa hari ini dalam memberikan maklumat dan perkembangan semasa mengenai COVID-19 mula mencuri perhatian netizen.

Ia selepas admin atau pentadbir laman media sosial tersebut yang dilihat menggunakan elemen sarkastik dalam menyampaikan pesanan dalam hantaran yang dibuat mereka.

Sebagai contoh, dalam hantaran yang dibuat pada Jumaat lalu, akaun tersebut menegur kelakuan orang ramai yang dikatakan berbual sesama sendiri ketika menghantar anak untuk membuat saringan COVID-19 dengan tidak mengamalkan penjarakan sosial.

Bagaimanapun, daripada membuat teguran dengan keras mereka sebaliknya memberi pesanan dengan maksud yang tersirat dan pastinya membuatkan mereka yang tidak mengikut peraturan berasa bersalah.

Pakai mask pun dengar juga

Gaya santai Facebook tersebut dalam membantu menguruskan PKPD Secara Pentadbiran di kawasan itu juga bukan sahaja berjaya menyampaikan maklumat dengan cara lebih santai namun turut mendapat pujian daripada netizen.

Bukan itu sahaja, malah page mereka baru-baru ini juga berjaya mencatatkan 10,000 pengikut dan menerima ucapan terima kasih dan pujian kerana sentiasa menyampaikan maklumat buat penduduk kawasan sekitar.

1
Antara komen pujian yang diberikan netizen

2

Baca juga perkongsian kami sebelum ini untuk melihat mural frontliners yang dihasilkan menggunakan kepingan LEGO di pautan di bawah.

Guna 150,000 Keping LEGO, LEGOLAND Malaysia Hasilkan Mural Khas Buat ‘Frontliners’

28 Mukim Kota Setar Bakal Melaksanakan PKPD Pentadbiran Bermula 11 September

14 Lokasi Di Langkawi Disahkan Telah Dilawati Individu Positif COVID-19