Tidak cukup dengan membakar kanak-kanak dan wanita hidup-hidup, kini lebih dari 1,200 rumah penduduk Muslim di wilayah utara Myanmar, Rohignya dimusnahkan. Menurut laporan dari Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia (HRW), imej yang diambil dari satelit menunjukkan kemusnahan kawasan akibat dari operasi tentera Myanmar.

Sebelum ini imej dari satelit yang diambil pada 13 November mendapati sebanyak 430 bangunan di tiga perkampungan Rohingya turut dimusnahkan. Perkara ini membangkitkan kebimbangan kepada etnik minoriti tersebut.

Bas Smart Selangor Cover
HYPE
Patutkah Caj RM1 Dikenakan Buat Warga Asing Yang Naik Bas SMART Selangor?
Baca lagi →

Gambar yang diambil dari setelit

Via: WP

Pengarah HRW Asia, Brad Adams berkata, gambar-gambar itu memaparkan kemusnahan yang lebih meluas berbanding sangkaan sebelum ini.

“Pihak berkuasa Myanmar perlu menubuhkan siasatan dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai langkah pertama dalam memastikan bahawa mangsa-mangsa mendapat keadilan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya, lebih dari 500,000 orang Islam dari Rohingya telah lari ke Bangladesh sebagai pelarian. Manakala sebahagian saksi mengaku melihat tentera Myanmar membunuh dan memperkosa kaum wanita, mereka mengambarkan apa yang berlaku sebagai ‘Neraka Dunia’.

Anda Mungkin Suka