Satoshi Twenty One (S21), antara komuniti blockchain yang terbesar di Indonesia bagi pemain industri Web3 akan menganjurkan acara Malaysia Networking Meetup di Malaysia buat julung-julung kalinya di Kuala Lumpur.

Menariknya, acara yang dilangsungkan pada kali ini turut menjemput salah seorang pengasas bersama mereka, Melissa Kurtcan dan juga wakil kepada gerakan komuniti S21 di Malaysia iaitu saudara Mohamed DW.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi kerjasama pihak Pentas IO dan Common Ground Mutiara Damansara, mereka akan mengumpulkan pemain-pemain industri dari seluruh Malaysia untuk membantu komuniti berhubung dengan orang lain dalam industri Web 3. Selain itu, acara ini turut menjemput wakil-wakil ketua industri yang terdiri daripada MDEC, Axiata Digital, Tezos dan lain-lain lagi.

Encik Muhammad Izzan Bin Zinol, salah seorang pengasas Pentas IO memaklumkan acara rangkaian ini juga akan membuka peluang kepada komuniti untuk mengikuti perubahan dan trend dalam industri ataupun ekosistem berkenaan, seterusnya menggalakkan pembelajaran
tentang inovasi terkini dalam teknologi ini.

Acara yang bakal dilangsungkan ini bakal dilangsungkan di Common Ground, Mutiara Damansara pada 10 Februari 2023 jam 3.00 hingga 6.00 petang. Mereka yang mempunyai minat atau merupakan pemain dalam industri Web3 turut dijemput hadir.

Semoga acara yang dilangsungkan dapat menjadi sebahagian amalan komuniti untuk meraih kelebihan dan kemudahan dari pertemuan rangkaian seperti ini dan dapat kembangkan lagi komuniti yang sama minatnya hari demi hari.