Kanak-kanak 90-an pastinya sangat kenal dengan siri Kamen Rider, hero jelmaan belalang yang menjadi pujaan ramai suatu ketika dahulu. Sinonim dengan Garuda sebagai simbol kemegahan, Indonesia kali ini nampaknya tidak mahu kalah untuk menerbitkan filem superhero versi mereka sendiri iaitu Satria Heroes.

Satria Heroes merupakan filem sulung yang akan berada dipawagam dan akan mula ditayangkan di seluruh Indonesia pada 4 mei tahun ini. Menurut sumber, Satria Heroes berasal dari siri berjudul Satria Garuda Bima-X iaitu siri superhero Indonesia hasil kerja sama dengan MNC Media dan Ishimori Productions, iaitu pembuat serial Kamen Rider.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk filem ‘Satria Heroes Bima-X: Revenge Of Darkness’ ini, ia akan menjadi filem pertama yang akan menceritakan asal usul kehadiran para satria dan selanjutnya akan disambung dalam filem akan datang.

Pada padangan pertama, saya rasakan filem ini mungkin awesome. Antara salah satu pelakon yang bakal membintangi filem ini ialah Yayan Ruhian. Anda yang selalu mengikuti filem aksi dari Indonesia pasti sangat kenal dengan kehebat seni tempur yang dimainkan oleh Yayan Ruhian.

Dalam trailer rasmi, babak silat ada dipamerkan. Ini sudah semestinya sesuatu yang menarik untuk ditonton lebih-lebih lagi apabila elemen silat, iaitu seni bela diri Melayu diselitkan dalam filem superhero sebegini. Lain dari yang lain.

Tidak pasti pula sama ada filem ini bakal ditayangkan di Malaysia atau tidak. Sama-sama kita nantikan.

Watak-watak yang dipamerkan dalam filem ini nampak hebat, mungkinkah filem ini lebih kick dari Power Rangers pujaan ramai hari tu? Apa komen anda?