Terbaharu, Edika Yusof berkongsi video memaparkan saat indah dirinya bersama isteri menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-18. Disambut secara sederhana, tetapi kita dapat dilihat kebahagiaan mereka.

Menerusi perkongsian Edika di Instagram, beliau mengatakan dirinya merupakan suami yang bertuah kerana memiliki wanita sehebat isterinya di sisi. Dapat dilihat senyuman terukir di wajah isterinya, Hidayah ketika mendengar kata-kata daripada Edika.

Untuk pengetahuan anda, sudah 16 tahun Edika tabah menjaga isterinya yang lumpuh disebabkan meningitis. Lantaran itu, rata-rata netizen berasa kagum dengan ketabahan Edika menjaga isterinya.

edika 1

edika 2

Malah, para netizen mendoakan Edika dan pasangan sentiasa bahagia selalu. Ketabahan dan kisah Edika bersama isteri ini wajar menjadi iktibar dan dicontohi semua pasangan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Wajah Kekal Tenang, Netizen Terhibur Lihat Nora Danish Terhantuk Pintu Kereta Dalam Drama Bougainvillea

Penasihat MRKH Kecewa Nama Drama ‘Rahimah Tanpa Rahim’ Jadi Mainan Netizen