Siri perintah kawalan pergerakan yang berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu nyata mengubah cara kita menjalani kehidupan seharian terutama aktiviti yang melibatkan penyertaan berkumpulan dan orang ramai.

Antara yang paling terkesan sudah pastinya aktiviti kemasyarakatan seperti majlis kahwin dan kenduri serta keramaian yang kini tidak lagi diamalkan seperti biasa bagi mengelak penularan wabak COVID-19.

BeFunky-collage-15
HYPE
Sedap Dan Berkhasiat, Ini Cara Untuk Belanja ‘Si Meowy’ Anda Me-O Cat Lick Secara Percuma
Baca lagi →

Bagaimanapun, kekangan tersebut tidak menghalang pasangan mempelai dari Johor ini, Agus Santoso Sidik dan Norazura Mohd Ali untuk menganjurkan majlis perkahwinan penuh bersejarah apabila dikatakan menjadi pasangan pertama yang menganjurkan majlis perkahwinan secara drive-thru seperti lapor MalayMail.

Posted by Farreed Sahar on Monday, 29 June 2020

Konsep drive thru itu menurut laporan tersebut dicadangkan sendiri oleh rakan mereka, Farreed Sahar yang juga merupakan jurugambar kepada pasangan tersebut.

Jelasnya, idea itu sebelum ini telah dicadangkan kepada beberapa pasangan sebelum rakannya itu, namun kesemuanya kurang bersetuju kerana masih menganggap perkara itu sebagai sesuatu yang baru.

🎉🎉Kemeriahan DRIVE THRU WEDDING Pertama di Malaysia🎉🎉Norazura Mohd Ali & Aguzz Aguss(pemilik perniagaan Burger Viral…

Posted by Farreed Sahar on Monday, 29 June 2020

Menurut pengantin perempuan, tetamu yang hadir perlu memeriksa suhu badan mereka sambil berada di dalam kereta masing-masing dan mencatatkan nombor telefon dan nama sebelum memberikan hadiah mereka yang telah dibawa.

“Tetamu akan mengucapkan ucapan selamat kepada pasangan mempelai melalui dalam kereta dimana bungkusan makanan juga akan diagihkan kepada mereka pada masa yang sama,” jelasnya lagi.

Jelas mereka lagi, walaupun konsep tersebut masih lagi baru, namun mereka tidak mempunyai masalah dengan tetamu yang hadir kerana rata-rata mereka teruja untuk menyaksikan perkara itu.

Selain dihadiri pelanggan gerai burger milik suaminya yang tidak putus-putus mengunjungi majlis tersebut, Norazura turut memberitahu mereka juga turut menerima tetamu dari luar kawasan seperti Selangor dan Perak walaupun mereka sedar hanya dapat bertemu dengan pasangan pengantin selama seminit.

Baca mengenai kisah perkahwinan campur antara gadis Melayu dan pasangannya yang berketurunan Chinese British ini yang mencuri perhatian di media sosial sebelum ini di pautan di bawah.

Perkahwinan Gadis Melayu Dengan Lelaki Kacukan ‘Chinese-British’ Ini Tarik Perhatian Netizen

Cuma Perlu Waktu Yang Singkat, Jurugambar Ini Kongsi Gambar ‘Memorable’ Pengantin #NikahPKP

Anda Mungkin Suka