Rumah kecil ini, mengingatkan kita kepada kartun Disney bertajuk 'Up'.

Ditenggelami di antara deretan kedai-kedai setinggi empat tingkat, rumah kayu kecil berusia 90 tahun ini telah diduduki oleh 4 generasi sebuah keluarga.

DSC09619-630×420
HYPE
Miliki ‘HUAWEI nova 5T’ Smartphone Paling Bergaya 2019 Esok
Baca lagi →
rumah-degil-02
Rumah Pusaka Chow Kit – RPCK

Rumah ini masih utuh berdiri walaupun telah melalui beberapa peristiwa seperti pendudukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua, kebangkitan komunis, kemerdekaan Malaysia, banjir-banjir besar di Kuala Lumpur serta pembangunan yang mengubah komuniti asal kawasan ini.

Rumah kecil ini menyaksikan perkahwinan, kelahiran serta pemergian insan-insan tersayang. Rumah ini juga merupakan tempat tinggal seorang wanita kecil dan lemah berusia 80 tahun.

rumah-degil-03
Rumah Pusaka Chow Kit – Norma Manjawali

Norma Manjawali tinggal di rumah kayu ini hampir keseluruhan hayat beliau, sejak lahir pada tahun 1932.

Norma dibesarkan, berkahwin serta membesarkan anak di rumah ini. Beliau adalah satu-satunya pewaris kampung masyarakat Mandailing yang masih tinggal di situ, buat berabad-abad lamanya.

Tetapi, tiba-tiba, penduduk Chow Kit tersedar bangunan bersejarah yang lebih dikenali sebagai 'Rumah Pusaka Chow Kit' atau 'Rumah Degil' ini sudah tiada lagi.

Dalam kartun Disney 'Up', Carl Fredricksen, seorang lelaki tua masih mahu terus tinggal di dalam rumahnya walaupun dihimpit oleh pembangunan pencakar langit di sekelilingnya. Akibat tidak tahan dengan desakan pemaju, Carl mengikat rumahnya dengan beribu-ribu biji belon dan terbang bersama-sama dengannya.

Akan tetapi 'Rumah Degil' tidak dapat terbang dengan beribu-ribu biji belon, kata Fatulrahman Ghazali. Penerbit filem ini sedang merakamkan sebuah dokumentari tentang sebuah projek amal yang mencerai, memulih dan memindahkan rumah lama itu ke tempat lain.

rumah-degil-04
Ketika proses membuka dan menceraikan Rumah Degil – RPCK

Pada awal tahun ini, pasukan ini menceraikan rumah lama itu dengan tujuan untuk membinanya semula.

"Terdapat banyak sejarah rumah ini," kata Fatulrahman. Rumah ini dibina oleh datuk Norma iaitu Haji Jaafar Sutan Mengatas. Keluarga ini dipercayai merupakan keturunan Sutan Puasa, iaitu salah seorang pengasas Kuala Lumpur, di samping Raja Abdullah dan Yap Ah Loy.

Rumah ini dibina oleh kontraktor berbangsa Cina pada tahun 1926. Ia merupakan salah sebuah di antara deretan rumah-rumah yang dimiliki oleh keluarga besar Sutan Mengatas, yang terlibat dalam perniagaan perlombongan.

"Mereka memulakan perniagaan perlombongan di sini. Keluarga ini dipercayai berasal daripada keluarga bangsawan, dan berpindah ke sini untuk mengembangkan perniagaan," kata Fatulrahman.

Setelah masa berlalu, satu demi satu rumah di situ ditelan oleh arus pembangunan pesat kawasan Chow Kit. 'Rumah Degil' adalah satu-satunya rumah tunggal pewaris kepada sejarah silam Chow Kit.

Sedihnya, kesukaran menjaga rumah berkenaan akhirnya memaksa kumpulan pewaris-pewaris tanah berkenaan menjual tapak tanah itu yang berharga berjuta-juta ringgit.

rumah-degil-05
Pasukan RPCK dan Puan Norma – RPCK

Pada bulan Mac tahun ini, pasukan 'Rumah Pusaka Chow Kit', atau lebih dikenali sebagai RPCK, iaitu sekumpulan sukarelawan yang berusaha untuk memelihara warisan asli Kuala Lumpur ini, memulakan kerja amal mereka dengan membuka dan menceraikan bahagian-bahagian rumah ini.

Usaha mereka untuk mendapatkan status warisan terhadap rumah berkenaan daripada kerajaan, tidak berjaya.

rumah-degil-06
Rumah Pusaka Chow Kit – RPCK

Pasukan RPCK bercadang membina semula rumah itu, selepas mendapat dana dan mengenal pasti tapak yang sesuai.

Norma sekarang tinggal dengan anak perempuannya di Putrajaya.

Video dibawah pula dirakam oleh Fatul Ghazali pada tahun 2007.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang usaha kumpulan RPCK, lawati Facebook page mereka di Rumah Pusaka Chow Kit.

BACA: Wartawan Dedah Kisah Belakang Tabir Penjenayah Botak Chin Sewaktu Di Penjara

BACA: Maria Menado Dan Warisan Filem Melayu Yang Hilang

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Anda Mungkin Suka