Bermula di China, wabak COVID-19 atau coronavirus ini nampaknya mulai merebak ke beberapa negara lain termasuk Arab Saudi dan benua Eropah.

Sehubungan dengan itu, Arab Saudi pada hari ini telah menghentikan sementara kemasukan jemaah dari negara luar yang berniat untuk mengerjakan umrah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
TOPSHOT-SAUDI-RELIGION-ISLAM-HAJJ
Sumber: The Star Online

Difahamkan pergantungan ini termasuklah sekatan kepada program ziarah Masjid Nabi di Madinah menurut kenyataan Kementerian Luar Arab Saudi.

Berdasarkan statistik, seramai 7 juta jemaah mengerjakan umrah di Arab Saudi setiap tahun dimana majoriti daripadanya mendarat di lapangan terbang Jeddah dan Madinah.

Sebelum ini, dilaporkan seramai 18 warga Korea Selatan telah dijangkiti Coronavirus seusai menziarah Israel. Kehadiran wabak ini turut membuatkan Jepun bercadang untuk membatalkan penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020.

18 Warga Korea Selatan Dijangkiti Coronavirus Selepas Selesai Ziarah Israel

Coronavirus Buat Jepun ‘Cuak’, Cadang Batal Penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020

Sumber