Berikutan dengan rentetan insiden yang mengancam nyawa orang ramai membuatkan pihak Malaysia Emergency Response Service atau lebih dikenali sebagai MERS999 memperkenalkan satu aplikasi keselamatan yang membolehkan pengguna menghubungi pihak polis dengan mudah.

Aplikasi ini membenarkan pengguna yang berada dalam kecemasan untuk menghubungi pihak polis dengan lebih mudah hanya menekan pilihan “Click Here” yang tersedia dalam aplikasi tersebut. Jika anda pengguna baharu, anda dikehendaki untuk mengisi maklumat peribadi anda untuk memudahkan urusan pihak polis yang menerima panggilan kecemasan dari pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pengguna akan diberi panduan melalui video yang disediakan pada aplikasi tersebut. Untuk memastikan pihak polis boleh menjejaki lokasi kejadian, pengguna dinasihatkan untuk mengidupkan GPS pada telefon bimbit anda.

capture-20180802-113707

Aplikasi ini boleh dimuat turun di PlayStore untuk pengguna Android dan AppStore untuk pengguna iOS.