Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan bahawa seorang lelaki mengaku Datuk Seri telah ditahan selepas mengugut dua mangsa termasuk seorang anggota polis berpangkat Inspektor, lapor Harian Metro.

Dia yang berusia 56 tahun dipercayai melakukan pemerasan ke atas mangsa dengan mengugut mangsa membayar sejumlah hutangnya. Mangsa kemudian terus membuat laporan polis.

Lelaki terbabit kemudiannya ditahan kira-kira jam 8.30 malam bersama-sama dengan rakannya yang berusia 41 tahun.

Ayob Khan menyatakan bahawa ketika ditahan, Datuk Seri itu sekali lagi mengugut polis bertugas yang berpangkat Inspektor dengan kata-kata, “kalau tuan tangkap saya, saya akan porak perandakan semua balai polis dan hidup tuan”

Bagaimanapun, melalui siasatan pihak polis, lelaki berkenaan difahamkan menggunakan gelaran Datuk Seri yang tidak diiktiraf oleh kerajaan.

Dia juga mempunyai rekod jenayah lampau berunsur jenayah kekerasan termasuk dua kali dikenakan tindakan di bawah Ordinan Darurat dengan ditahan di Simpang Renggam dan Pulau Jerejak sekitar tahun 80-an dan 90-an.

Ayob Khan menambah bahawa lelaki berkenaan juga banyak menderma wang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi melindungi kegiatannya.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Usahawan kosmetik bergelar ‘Datuk Seri’ ditahan terbabit penyeludupan dadah bernilai RM5 juta. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Usahawan Kosmetik Bergelar ‘Datuk Seri’ Ditahan Terbabit Penyeludupan Dadah Bernilai RM5 Juta

Disyaki Terlibat ‘Macau Scam’, Datuk Seri Bertindak Melarikan Diri Kini Diburu Polis

Sering Pamer Kemewahan Di Media Sosial, SPRM Tahan Datuk Seri Disyaki Terlibat ‘Macau Scam’

Anda Mungkin Suka