Nak cerita pengalaman travel yang lepas. Di UK anda boleh berdakwah secara terbuka tidak kira apa agama sekali pun. Di Birmingham, setiap minggu saya akan ke Bullring dan lihat kumpulan aktivis ini tak putus-putus berdakwah.

Mereka akan menghulurkan FREE HOLY QURAN (English translation) kepada sesiapa sahaja yang ingin tahu tentang Islam. Berhadapan booth mereka, ada kumpulan ahli gereja juga turut menyebarkan ajaran Kristian dengan terjemahan Bible.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Saya melihat tiada persengketaan dalam menyebarkan ajaran agama masing-masing.

Sedang saya perati kumpulan aktivis Muslim ini, saya dapati ada seorang lelaki Eropah yang penuh tatoo di badan dan di muka berbual dengan mereka.

Entah apa yang mereka bualkan, saya tertanya-tanya. “Ask Me About ISLAM” dibelakang badan salah seorang aktivis menarik perhatian saya. Bertanya tentang Islam mungkin?

Saya lihat lelaki bertatoo itu menghulurkan beberapa keping wang kepada mereka. Mashaallah! Tak sangka “orang yang macam tu” boleh memberi sedekah kepada orang yang bukan seagama dengan dia. Bodohnya aku suka judge orang.

Lagi pengalaman travel yang saya tak sangka berjumpa orang, lain pula kali ini. Perempuan beragama Islam tudung labuh bertutup dan kadang-kadang berniqab membuat maksiat terbuka di hadapan orang ramai. Bila ditanya, rupanya pasangan ini belum ada ikatan yang SAH. Mashaallah! Bodohnya aku percaya pada pakaian dia.

Saya dulunya agak stereotaip dan cepat judge orang dari luaran tetapi pandangan saya terhadap agama/bangsa seseorang itu 100% berubah selepas mengembara.

Jangan hanya melihat seseorang itu dari segi luaran (penampilan) tetapi kenali hati budi seseorang itu dahulu. Sekian nukilan di pagi hari.

Effa Asyifa,
Pendosa yang inginkan Syurga