Sonia dan Anita, dua adik-beradik di pendalaman India, kedua-duanya buta sejak lahir. Satu pembedahan mudah dengan kos USD$300, patut boleh memulihkan penglihatan mereka sejak lama dahulu; tetapi dengan gaji ibu bapa mereka sebanyak 17 sen satu jam melalui penanaman dan penuaian padi dengan tangan, ia tidak cukup untuk memenuhi keperluan harian.

Pelbagai kesukaran dihadapi 2 beradik ini, namun akhirnya mereka mendapat berita gembira.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terima kasih kepada usaha yang dijalankan oleh 20/20/20, satu badan amal yang ditubuhkan untuk mengembalikan visi untuk kanak-kanak dan dewasa buta di beberapa negara termiskin di dunia, Sonia dan Anita dapat menjalani pembedahan yang mudah pada mata mereka. Apabila pembalut mata ditanggalkan, mereka dapat melihat dunia buat kali pertama, dan ia dirakam dalam sebuah video bersejarah.

“Saya boleh melihat, mak.” Kata Anita, 6 tahun, sebaik sahaja balutan matanya dibuka sambil memegang ibunya.