Kecoh semula isu Ali Puteh serta balu Arwah Abam, Siti Norhidayah selepas Ali Puteh gagal membayar tuntutan saman sebanyak RM60,000 sehingga menyebabkan mahkamah mengarahkan rumah arwah ibu Ali Puteh disita di Batu 10, Gombak.

Difahamkan isu ini sitaan rumah ini dibuat selepas Ali Puteh yang sepatutnya membayar saman RM60,000 itu memilih untuk membayar rumah secara ansuran. Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum terdapat sebarang bayaran dibuat kepada pihak Nor Hidayah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Memang tawaran saya tidak seperti sebelum arwah Abam meninggal dunia, rasanya sudah lebih kurang enam bulan saya tiada ‘job’. Sekarang saya berniaga di media sosial. Saya gunakan platform apa yang ada untuk cari duit.

“Jadi saya gunakan apa yang saya ada untuk selesaikan bayaran balu Abam. Saya kesal sebab saya bukan penjenayah, di mana saya digari dan dimasukkan dalam penjara, sebaliknya ini hanyalah urusan keluarga tidak membabitkan jenayah, jadi saya pelik sampai begini kerjaya saya terganggu.

“Saya merasakan ia tak adil. Tapi nak buat macam mana, saya harap bila bayaran sudah selesai, isu ini tidak berpanjangan,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas mengenai bayaran, Ali Puteh memaklumkan bakal membuat bayaran menjelang Aidilfitri yang bakal tiba ini.

Isu rumah arwah ibu Ali Puteh

Membincangkan soal rumah, Ali Puteh berpendapat rumah tersebut tidak boleh diserahkan kepada Nor Hidayah kerana rumah tersebut merupakan rumah pusaka milik arwah ibunya. Sehubungan dengan itu, Nor Hidayah tidak lagi campur tangan melibatkan rumah tersebut apabila bayaran tuntutan saman dibuat.

“Ada perselisihan faham mengenai rumah itu yang merupakan pusaka arwah emak saya. Banyak pula peguam bersuara dan saya juga sudah hubungi peguam balu Abam dan mereka minta saya jawab di mahkamah. Tapi saya malas nak teruskan hal ini di mahkamah lagi.

“Jadi kami tolak tepi perkara itu sebab mereka tak tahu apa jadi dengan keluarga kami. Dan selepas berbincang dengan kakak dan adik saya susulan rumah itu disita, kami akan sediakan bayaran saman untuk rumah itu secepat mungkin. Insya-Allah rumah itu akan selamat.

“Kalau selepas kami bayar pun dia mahu ambil rumah arwah emak saya itu, tidak tahulah. Kita sudah bayar, dia nak apa lagi? Sedangkan dia minta kami bayar sebab kami tak bayar saman lagi dan sebab itu ia disita. Tapi kami pelik bukannya sita harta saya sebaliknya harta arwah emak saya,” ulas Ali Puteh.

Ali Puteh sebelum ini turut memaklumkan sudah penat dikecam para netizen serta meminta Nor Hidayah berhenti untuk memfitnah beliau.

Sumber